HANOI: Pemulihan ekonomi pascapandemik COVID-19 dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan serta sijil vaksinasi antara isu yang akan menjadi tumpuan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Vietnam bermula esok hingga Selasa.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Amran Mohamed Zin berkata pihak berkuasa Vietnam mengiktiraf sijil vaksinasi Malaysia dan keputusan itu disambut baik kerana ia merupakan antara aspek kerjasama yang ingin diadakan dengan rakan strategik negara ASEAN dan luar ASEAN.
"Cuma bagi pihak Malaysia pula, pengiktirafan sijil vaksinasi Vietnam sedang diteliti dengan aktif oleh kementerian yang berkaitan terutama MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi).
"Mungkin semasa lawatan ini, Perdana Menteri akan membuat pengumuman tentang hala tuju berhubung pengiktirafan sijil vaksinasi dan kemudahan untuk rentas sempadan Malaysia.
"Kita akan lihat bagaimana prosedur yang perlu ditetapkan untuk kedua-dua pihak bagi proses keluar masuk antara Malaysia dan Vietnam bagi semua kategori pengembara, pelancong, peniagaan serta pelajar," katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata Vietnam telah membuka pintu sempadannya pada 15 Mac lepas dan lawatan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk membincangkan perkara berkaitan pascapandemik.
Katanya jumlah pelancong dari Malaysia ke Vietnam agak tinggi iaitu lebih 600,000 pada 2019 manakala dari Vietnam ke Malaysia lebih 400,000 orang.
Amran juga berkata kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara pada 2021 ialah sebanyak AS$16 bilion.
Beliau berkata semasa mesyuarat jawatankuasa bersama Malaysia dan Vietnam pada tahun lepas, persetujuan awal telah dicapai supaya kedua-dua negara menetapkan sasaran nilai dagangan sebanyak AS$18 bilion menjelang 2025.
"Sudah tentunya perkara ini akan dibincangkan oleh Perdana Menteri dengan rakan sejawatan beliau dan kita akan tetapkan sasaran yang muktamad di peringkat tertinggi kedua-dua negara.
"Kalau dikira dari segi pelaburan, kita memang mempunyai pelaburan yang agak tinggi di Vietnam oleh pelabur Malaysia," katanya.
Amran berkata Malaysia merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Vietnam di peringkat global manakala Vietnam pula rakan dagang ke-19 terbesar bagi Malaysia.
Beliau berkata nilai pelaburan negara di Vietnam pada 2021 ialah AS$12.81 bilion dan Malaysia merupakan pelabur kelapan terbesar di negara itu manakala nilai pelaburan Vietnam di Malaysia pula masih di tahap yang perlu diperbaiki.
"Perdana Menteri sudah tentu akan menjemput pelabur dari Vietnam ke Malaysia bagi mengimbangi nilai pelaburan dua hala kerana banyak peluang pelaburan yang ditawarkan di Malaysia dan Perdana Menteri akan beri tekanan peningkatan pelaburan dari Vietnam ke Malaysia," katanya.
Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan menyebut lawatan rasmi sulung Ismail Sabri ke Vietnam diadakan atas jemputan Perdana Menteri Pham Minh Chinh.
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya bagi menilai kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan 2021-2025 Perkongsian Strategik Malaysia-Vietnam.
Kedua-dua pemimpin akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama selain menyaksikan pertukaran dokumen termasuk memorandum persefahaman mengenai aktiviti kerjasama undang-undang serta pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang pekerja.
"Malaysia dan Vietnam turut bersetuju untuk meneroka kerjasama dalam bidang latihan diplomatik yang akan dizahirkan melalui satu Surat Niat. Di samping itu, satu Perjanjian Kerjasama Profesional antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan Agensi Berita Vietnam akan turut dimeterai," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri turut dijadual mengadakan pertemuan berasingan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Presiden Vietnam dan Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam selain sesi libat urus dengan komuniti perniagaan Malaysia dan bertemu Keluarga Malaysia di negara itu.
Kenyataan itu menyebut lawatan rasmi tersebut mencerminkan kepentingan hubungan Malaysia dan Vietnam selaku negara jiran dan rakan kongsi dalam ASEAN dengan kedua-dua negara bakal menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada 2023.
Pada lawatan itu, Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pegawai kanan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022
Pemulihan ekonomi pascapandemik COVID-19, pelaburan serta sijil vaksinasi antara isu yang akan menjadi tumpuan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Vietnam. - Gambar fail/BERNAMA
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.