awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sikap pemandu kenderaan berat punca kemalangan

Bernama
Bernama
29/11/2012
09:09 MYT
Sikap pemandu kenderaan berat punca kemalangan
Kajian syarikat lebuh raya PLUS Malaysia Berhad mendapati 87 peratus kemalangan yang melibatkan kenderaan berat seperti bas dan lori berpunca daripada pemandu kenderaan itu.
Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata memandu melebihi had laju, mengantuk, keletihan dan tidak menyelenggara kenderaan dengan baik demi mengejar perjalanan dan keuntungan antara faktor yang menyebabkan kemalangan berlaku.
"Lori menyumbang 18.1 peratus dan bas menyumbang 2.3 peratus daripada 54,380 kemalangan di lebuh raya PLUS sejak 2007 hingga Oktober lepas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan 'Hormati Had Anda' anjuran PLUS dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Khamis.
Seminar itu, yang menekankan kepentingan menghormati had fizikal dan kemampuan pemandu serta kemampuan kenderaan dipandu seseorang pemandu, disertai kira-kira 160 pemandu dan operator kenderaan berat serta anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor, Ahmad Awang berkata seminar itu dapat meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu selain menjadi platform terbaik kepada operator kenderaan untuk memberikan latihan kepada pekerjanya.
Topic Berkaitan
#bas
#had laju
#kemalangan
#Lori
#pemandu
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan