awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sikap pencarum KWSP membimbangkan

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2016
11:36 MYT
Sikap pencarum KWSP membimbangkan
Sikap pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghabiskan simpanan dalam tempoh singkat, kini pada tahap membimbangkan. - Gambar fail
Sikap pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghabiskan simpanan dalam tempoh singkat, kini pada tahap membimbangkan.
Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan KWSP Kuala Lumpur, Nornisah Mohd Yusof berkata, kebanyakkan pesara menghabiskan wang simpanan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
Jelasnya, keadaan ini merisaukan kerana jangka hayat purata rakyat Malaysia sudah meningkat sehingga 75 tahun.
Ini bermakna ramai pesara terpaksa menjalani hidup tanpa punca pendapatan dan simpanan yang mencukupi.
Malah ada pesara yang menghabiskan 70 peratus daripada simpanan mereka dalam masa 30 hari.
Ini menuntut kesedaran bagi pesara dan bakal pesara untuk merancang perbelanjaan demi kelangsungan hidup.
Manakala buat pesara yang tinggal di bandar, mereka memerlukan lebih banyak wang tunai untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.
Terdapat pakar kewangan yang berkata, pesara memerlukan sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan untuk hidup di bandar.
Ini jauh lebih tinggi berbanding kira-kira perbelanjaan bulanan yang disarankan KWSP iaitu RM850.
Nilai saraan bulanan itu mungkin akan terus meningkat di masa hadapan.
Tambahan, jika mereka mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan untuk menyambung pelajaran.
Topic Berkaitan
#KWSP
#Nornisah Mohd Yusof
#Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan
#pencarum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan