'Sila duduk, jangan lari' kenangan rakyat dengan Sultan Muhammad

Madiha Abdullah
Januari 6, 2019 13:55 MYT
Jenaka 'Sila duduk dan jangan lari' Sultan Muhammad menjadi momen manis yang dikenang rakyat Malaysia.
PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 mengejutkan rakyat Malaysia.
Dalam pada ramai yang tertanya-tanya sebab baginda mengambil keputusan itu, laman sosial juga dipenuhi dengan status bernada sedih.
Sepanjang dua tahun berada atas takhta, Sultan Muhammad dikenali sebagai pemerintah berjiwa rakyat, rendah diri dan pandai berjenaka.
Paling diingati, tentunya jenaka dan usikan baginda ketika memulakan ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-14, Julai lalu.
"Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sila duduk dan jangan lari," titah baginda yang disambut dengan gelak ketawa Ahli Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat.
Ayat itu kemudiannya menjadi tular di laman sosial dan ikutan ramai.

Sila duduk dan jangan lari Yang Di Pertuan Agong ke 15 Sultan Muhammad V 2018 tetap bersemayam di hati https://t.co/vIbjR8RIR5

— Fariz (@moharyz) January 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sila Duduk Dan Jangan Lari. Itu antara kenangan utk Agong Sultan Muhammad yg x kan kite lupakan. Terima Kasih Agong utk segalanya termasuk pengampunan DSAI.

— Shahrilll (@shahrilhiqwann) January 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Sila duduk dan jangan lari", akan sentiasa diingati. #Agong

— Azizi Nasir (@azizinsr) January 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ya Allah Lindungi dan Peliharalah Malaysia... KDYMM SPB YDP AGONG berundur. Baru semalam saya kemaskini hantaran maksud sebenar Duli Yang Maha Mulia dan Seri Paduka Baginda di FB. Apapun kalimah ini pasti akan segar di ingatan sampai bila2 "Sila duduk, jangan lari!" pic.twitter.com/21qLl3m5Ym

— M_Ahmad_Mohamed (@ibnu_M77) January 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

One of our respected Agong has resigned. We will never forget you, Your Highness. Sila duduk, jangan lari. https://t.co/d12j8eeDjc

— Mat Serah (@MaMoZa7) January 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Agong letak jawatan, dan tagline yang akan terus diingati dalam sejarah politik tanah air: Sila Duduk dan Jangan Lari.

— Misyuaa (@MisyuariMohamed) January 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sultan Muhammad V yang merupakan Sultan Kelantan ke-29 ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016 dan ini merupakan kali pertama Yang di-Pertuan Agong meletak jawatan.
Baginda menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Kedah.
Sultan Muhammad V bercuti sejak November lalu dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan yang berakhir 31 Disember lalu.
#Dewan Negara #Istana #laman sosial #letak jawatan #Parlimen #politik #rakyat Malaysia #Sultan Kelantan #Yang di-Pertuan Agong