MALAYSIA
SIM Box, kad SIM disalah guna untuk tujuan jenayah, penipuan - MCMC
- Foto MCMC
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius penyalahgunaan peralatan telekomunikasi termasuk SIM Box dan kad SIM yang digunakan bagi tujuan jenayah serta aktiviti penipuan dalam talian.
Ringkasan AI
Menurut MCMC, peralatan SIM Box dan penggunaan kad SIM secara pukal, termasuk kad SIM asing, sering disalahgunakan bagi mencipta akaun palsu dalam talian secara besar-besaran.
"Taktik ini digunakan untuk memintas kawalan keselamatan platform digital sekali gus memudahkan kegiatan penipuan dalam talian dan jenayah siber lain, selain menjejaskan integriti rangkaian komunikasi negara.
"Dalam satu operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijalankan baru-baru ini di Kajang, sebanyak 50 peralatan SIM Box, 5,000 kad SIM serta kelengkapan berkaitan telah dirampas untuk tujuan siasatan.
"Operasi dan siasatan berkenaan diterajui sepenuhnya oleh PDRM, manakala siasatan oleh MCMC dijalankan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Menurut suruhanjaya itu, kegiatan penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM secara pukal membolehkan penjenayah mencipta akaun palsu bagi menjalankan penipuan dan jenayah dalam talian, sekali gus membahayakan keselamatan pengguna.
"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta 588, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
"Sehubungan itu, MCMC menegaskan penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM bagi tujuan mencipta akaun palsu dalam talian merupakan ancaman serius kepada keselamatan negara. Penyedia perkhidmatan telekomunikasi juga diminta memperketatkan kawalan pendaftaran kad SIM bagi menjamin keselamatan digital," ujarnya.
MCMC turut memberi jaminan akan terus bekerjasama rapat dengan PDRM serta agensi penguatkuasaan lain dalam usaha menjamin keselamatan negara, mencegah penyalahgunaan perkhidmatan telekomunikasi dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa.
Ringkasan AI
- MCMC menekankan penyalahgunaan peralatan telekomunikasi seperti SIM Box dan kad SIM untuk tujuan jenayah dan penipuan dalam talian.
- Operasi bersama PDRM di Kajang melibatkan rampasan 50 peralatan SIM Box dan 5,000 kad SIM dalam usaha pencegahan penipuan dalam talian.
- Penyalahgunaan SIM Box dan kad SIM boleh mengakibatkan penjenayah mencipta akaun palsu, menyebabkan ancaman keselamatan digital dan negara.