KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini kerana menyimbah asid ke atas seorang lelaki warga Pakistan sehingga mengalami kelecuran tahap satu di bahu kanan dan belakang badan, minggu lepas.
Majistret Chai Guan Hock menjatuhkan hukuman itu terhadap Saira Abdullah, 62, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah, 37, dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, Gombak, pada 1.10 pagi, 4 Julai lepas.
"Tertuduh telah mengaku bersalah dan menjimatkan masa dan kos mahkamah. Dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan keseriusan kesalahan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh tangkap pada 9 Julai 2023," kata majistret itu.
Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Peguam Izleen Ismail dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Selangor yang mewakili Saira merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya, seorang mualaf kini dalam proses penceraian dengan suaminya selain mengalami kemurungan teruk serta menghidap penyakit darah tinggi.
"Wanita ini sudah 32 tahun berumahtangga dengan suaminya. Bagaimanapun, tiga tahun lepas, dia mendapat tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain," kata peguam itu dan menambah anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Menurut Izleen, dalam kes ini, tertuduh mendakwa dia telah diprovokasi oleh mangsa (Inam) yang mahu berkawan dengannya walaupun lelaki itu sudah berkahwin.
"Tertuduh tidak boleh berfikir dengan betul dan mengambil tindakan sendiri (menyimbah cecair kimia) dan dia amat menyesali perbuatannya," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman berat berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh, mengambil kira kecederaan dialami mangsa kerana faktor kepentingan awam perlu mengatasi kepentingan peribadi tertuduh.
Mengikut fakta kes, hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kesan lecuran tahap satu di bahu kanan dan belakang badan.
Dalam prosiding sama, Saira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan Jemilah Sabda, 60, isteri kepada Inam pada tempat, waktu dan tarikh sama, juga mengikut seksyen yang sama.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Saira (tengah) mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, Gombak, pada 1.10 pagi, 4 Julai lepas. -Foto BERNAMA
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Remaja perempuan disimbah asid: Polis panggil 12 individu
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.
Simbah asid terhadap lelaki warga Pakistan, wanita warga emas dipenjara 12 bulan
Saira mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves.
Kes simbah asid: Suspek menangis teresak-esak di mahkamah
Seorang wanita warga emas menangis teresak-esak ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang berhubung kes menyimbah asid kepada sepasang suami isteri, minggu lalu.
Insiden simbah asid, wanita warga emas ditahan
Polis berkata, wanita berusia 60 tahun itu ditahan di Taman M Residensi, Rawang, kira-kira pukul 4.20 petang Ahad.
Tular suami isteri peniaga roti nan disimbah asid
Sepasang suami isteri berhadapan detik ngeri apabila seorang individu tidak dikenali secara tiba-tiba mencurahkan asid semasa mereka baru memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya.
Lima ditahan, 15 kes pemerasan, simbah asid di Pulau Pinang selesai
Polis menyelesaikan 15 kes pemerasan, simbah asid serta cat membabitkan 13 premis menjual kenderaan terpakai dan baharu, di sini selepas penahanan lima suspek warga tempatan.
Disimbah asid: Pemilik premis menjual kenderaan terpakai turut diperas ugut
Beberapa pemilik premis menjual kenderaan terpakai yang disimbah asid bukan sahaja mengalami kerugian akibat kejadian itu, malah mereka telah turut diperas ugut oleh suspek.
Ahli perniagaan wanita simbah asid pada dua wanita dipenjara 16 tahun
Bagaimanapun mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman itu serentak yang bermakna dia hanya menjalani hukuman penjara lapan tahun.
Lelaki mati disimbah asid: Tujuh termasuk isteri direman
Isteri kepada seorang lelaki yang meninggal dunia dipercayai akibat disimbah asid dalam kejadian pada 3.31 pagi Sabtu lepas di Taman Pulai Impian, Sikamat direman.
Lelaki didakwa ugut simbah asid, bunuh isteri
Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 426 Kanun Keseksaan.