awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simbolik penanaman 25,000 anak pokok untuk kelahiran bayi di Pahang

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
05/06/2022
08:18 MYT
Simbolik penanaman 25,000 anak pokok untuk kelahiran bayi di Pahang
Pengarah JPNP, Datuk Mohd Hizamri Mohd Yasin (dua dari kanan) menyampaikan anak pokok kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai simbolik bagi setiap kelahiran di Pahang. - Foto Astro AWANI
KUANTAN: Sebanyak 25,000 anak pokok pelbagai spesies akan disediakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bersempena Program Anak Kebangsaan Pahang 2022 (Pahang Pride Kid 2022).
Menurut Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Timur I) JPNP, Nurfazliza Kamarulbahrin, penyediaan anak pokok itu akan diagihkan kepada 13 Parlimen di negeri ini mengikut jumlah kelahiran di sebuah kawasan.
“Kita menerina peruntukan sebanyak RM250,000 daripada Bank Rakyat untuk tujuan aktiviti penanaman anak pokok bagi setiap kelahiran bayi di Pahang sepanjang tahun ini. Dijangka kira-kira 25,000 bayi akan lahir tahun ini.
“Pada Khamis lalu, sebanyak 400 anak pokok spesies Merawan Siput Jantan yang ditanam mengikut jumlah kelahiran bayi pada Januari hingga Mac di Parlimen Indera Mahkota,” katanya pada Ahad.
Nurfazliza memaklumkan selain sebagai simbolik kepada kelahiran anak kebanggaan Pahang, aktiviti menanam pokok bagi menjayakan program Kerajaan Pahang "1 Pokok, 1 Rakyat Negeri Pahang.
Jelasnya, bagi tujuan terbabit, pihaknya menyasarkan penanaman lima juta pokok dalam tempoh lima tahun bermula 2021.
Khamis lalu, Menteri Besar , Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Majlis Pelancaran Pahang Pride Kid 2022 Peringkat Negeri Pahang dengan penanaman 400 anak pokok di Taman Bandar, Indera Mahkota.
Topic Berkaitan
#tanam pokok
#Pahang Pride Kid 2022
#Wan Rosdy Wan Ismail
#bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan