Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada pagi Sabtu memuat naik sekeping gambar di laman Instagram yang menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya.

Gambar berkenaan mengandungi tajuk lagu yang pernah dipopularkan oleh sebuah kumpulan rock dari Wales iaitu Manic Street Preachers.

Lagu berjudul ‘If you tolerate this your children will be next’ itu dikeluarkan pada 24 Ogos 1998 dan diilhamkan dari Perang Saudara Sepanyol yang berlaku pada Julai 1936 hingga April 1939. Liriknya pula memainkan gesaan kepada perubahan.

Great song. Preach on these manic streets.

A photo posted by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on


Muat naik itu dilihat seakan satu simbolik terhadap dunia politik Malaysia yang menjadi perhatian sejak kebelakangan ini.

Instagram Khairy terus dibanjiri komen dari para pengikut di mana rata-rata mereka menyeru Ketua Pemuda UMNO itu membawa perubahan.

Namun Khairy berkemungkinan memuat naik gambar itu hanya berlandaskan minatnya terhadap lagu bergenre rock alternatif tersebut.

Muat naik itu mendapat 3,685 sukaan setakat ini.