awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpan dadah dalam reban ayam

Sinar Harian
Sinar Harian
26/01/2022
23:10 MYT
Simpan dadah dalam reban ayam
Hazri (dua dari kanan) menunjukkan dadah dan senapang angin yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Rembau pada Rabu. -Foto Sinar Harian
REMBAU: Penahanan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah pondok di kebun durian di Legong Jaya, Kota di sini telah membawa kepada penemuan dadah jenis ganja seberat tujuh kilogram yang disimpan di dalam reban ayam.
Suspek berusia 29 tahun itu ditahan pada Isnin dalam Ops Tapis yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau dan juga Bahagian Siasatan Jenayah IPD selepas seminggu risikan dan pemantauan dilakukan.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superitendan Hazri Mohamad berkata, ketika ditahan, suspek mengaku bekerja sebagai penjaga kebun durian berkenaan sejak lapan bulan lalu.
"Ketika pemeriksaan lanjut dilakukan di sebuah reban ayam terletak kira-kira 30 meter dari pondok di kebun itu, polis menemui satu tong plastik berisi tujuh ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering disyaki dadah jenis kanabis.
"Turut ditemui ialah selaras senapang angin buatan sendiri bersama 21 biji guli yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang tersebut," katanya pada sidang akhbar di IPD Rembau pada Rabu.
Menurutnya, suspek mendakwa senapang itu digunakan untuk menembak tupai.
Bagaimanapun katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dari mana suspek memperoleh dadah berkenaan yang nilai keseluruhan dianggarkan melebihi RM10,000.
"Ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan suspek direman tujuh hari sehingga 31 Januari ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B & Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1969 bagi kesalahan memiliki senjata buatan sendiri," katanya.
Selain itu, beliau berkata, polis percaya masih ada suspek lain yang terlibat dalam kegiatan itu dan mengalu-alukan maklumat orang ramai dalam usaha membanteras kegiatan pengedaran dadah.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dadah
#kebun durian
#Ops Tapis
#reban ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan