awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpanan lesap lepas isi maklumat di laman web palsu BNM

Bernama
Bernama
14/04/2020
02:14 MYT
Simpanan lesap lepas isi maklumat di laman web palsu BNM
Mangsa telah memasukkan semua maklumat peribadi berkaitan dua akaun banknya dan hanya membuat semakan baki secara dalam talian petang Isnin.
Seorang perunding sebuah hospital di sini hilang RM63,465 daripada akaun simpanannya selepas berkongsi maklumat peribadi perbankan di laman web palsu kononnya milik Bank Negara Malaysia (BNM), menurut polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 60 tahun itu mendakwa dia hanya menyedari kehilangan wang itu pada Isnin, iaitu dua hari selepas berurusan dengan tiga lelaki kononnya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
Katanya, lelaki itu dalam laporan polis dibuatnya menyatakan dia dihubungi suspek pertama pada Sabtu lepas, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai SPRM Putrajaya bagi menyiasat kegagalannya membayar cukai pendapatan sebuah syarikat perabot yang kononnya didaftarkan atas nama mangsa.
"Mangsa menegaskan dia tidak pernah membuka syarikat yang dikatakan beralamat di Perak menyebabkan suspek pertama memindahkan talian kepada suspek kedua yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis berpangkat sarjan.
"Suspek kedua mendakwa nama mangsa dikaitkan dengan kes dadah yang kononnya siasatan dilakukan oleh pegawai polis bergelar Datuk, menyebabkan talian disambungkan kepada suspek ketiga," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Mohd Wazir berkata mangsa yang mendakwa keliru dengan dakwaan tersebut telah dinasihatkan oleh 'Datuk' itu untuk membuka pautan ke laman web yang dikatakan milik BNM dan mengisi maklumat seperti diminta kononnya bagi tujuan siasatan.
Katanya, menurut mangsa, dia telah memasukkan semua maklumat peribadi berkaitan dua akaun banknya dan hanya membuat semakan baki secara dalam talian petang Isnin, yang mendedahkan beberapa transaksi pemindahan wang yang tidak dilakukannya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini pada Isnin dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#akaun
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#Kuantan
#penipuan
#polis
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan