SimplySiti Sdn Bhd kini menyasarkan peluang untuk penyenaraian di Bursa Malaysia bagi menyokong aspirasinya menjadi jenama antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Azuddin Abdul Rahman berkata, syarikat itu bakal mencapai jualan hampir RM60 juta tahun depan.
"Kami terbuka kepada pilihan itu (penyenaraian). Ia sasaran kami dan kami berusaha untuk merealisasikannya," katanya selepas pengumuman kerjasama di antara Shopee, SimplySiti dan CIMB Islamic Bank Bhd, di sini hari ini.
Beliau berkata syarikat tersebut akan memasuki pasaran Indonesia bulan depan dan menyasarkan untuk menjadi pemain global melangkaui tahun 2020.
Pengasas SimplySiti, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang juga penyanyi nombor satu Malaysia pula berkata, syarikat itu merancang memperkenalkan 70 produknya dalam pasaran kukuh yang mempunyai 271 juta penduduk.
"Sejak saya melancarkan SimplySiti ... saya telah menetapkan sasaran untuk memasuki pasaran Indonesia. Dengan populasinya, terdapat potensi besar bagi saya untuk memanfaatkan pasaran dalam kalangan peminat," katanya.
Selain platform dalam talian, SimplySiti juga akan dijual di Watsons dan Transmart.
Sejak 2017, ia telah menjana 42 peratus daripada jualannya menerusi platform e-dagang seperti Shopee.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, 70 peratus pengguna produknya adalah wanita, dengan produk kecantikan menguasai segmen Kesihatan dan Kecantikan. Ini sekali gus menjadikan kategori Kesihatan dan Kecantikan antara yang paling popular di platform berkenaan.
"Segmen kecantikan kami sangat kukuh, inilah sebabnya kami bekerjasama dengan jenama seperti SimplySiti," kata Ho.
Beliau berkata terdapat sejumlah 20 juta pengguna Shopee di Malaysia manakala 80 juta pengguna di Indonesia.
Dengan kerjasama itu, peminat SimplySiti akan mempunyai akses terus untuk sesi bertemu dan menyambut Siti Nurhaliza, konsert mininya dan tawaran produk yang menarik.
Promosi Super Brand Shopee SimplySiti akan diadakan dari 2 hingga 7 Ogos depan, manakala Konsert Mini Shopper x SimplySiti akan berlangsung pada 14 Sept, dan acara Teh Petang bersama Siti Nurhaliza dengan kerjasama CIMB Islamic Bank pada 18 Sept. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2019
SimplySiti sasar disenaraikan di Bursa Malaysia bagi menyokong aspirasinya menjadi jenama antarabangsa. - Gambar SITI NURHALIZA PRODUCTIONS SDN BHD
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.