awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
Pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat timang cahaya mata lelaki
Venezuela lulus pembaharuan undang‑undang hidrokarbon ke arah pasaran terbuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket bayi: 45 individu ditahan reman

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2013
12:17 MYT
Sindiket bayi: 45 individu ditahan reman
Polis mendapat perintah tahanan reman selama empat hari ke atas 45 individu disyaki terbabit dengan sindiket penjualan dan pembelian bayi.
Ia dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
Semua mereka diberkas dalam Operasi Pintas Sayang 2 pada Jumaat.
Suspek berusia diantara 27 hingga 57 tahun itu ditahan sehingga 26 Februari depan.
Perintah tahanan reman dikeluarkan pendaftar Mahkamah Butterworth , Ahmad Faiz Md Zain selepas dipohon pegawai penyiasat, ASP Rosnah Saidin.
Siasatan dibuat dibawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Sabit kesalahan mereka boleh dipenjara tidak kurang tiga tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
Sementara itu, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, memaklumkan seorang lagi bayi perempuan berusia dua bulan berjaya diselamatkan di cheras pada Jumaat.
Turut ditahan seorang wanita berusia 32 tahun disyaki pembeli bayi berkenaan.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan bayi mencecah 22 orang.
Dalam Operasi Pintas Sayang 2 , polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan 21 bayi termasuk kanak-kanak berusia antara sebulan hingga 9 tahun melalui serbuan besar-besaran.
Ia juga dilakukan serentak di beberapa negeri lain termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#sindiket bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan