awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Renewage Group didenda RM30,000 kerana operasi pelancongan tanpa lesen
MALAYSIA
Rakyat Malaysia dijangka dibawa keluar dari Iran Jumaat ini - Fahmi
DUNIA
Tiada bukti Iran sedang bangunkan senjata nuklear - Ketua IAEA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Sindiket cetak pelekat palsu imigresen tumpas, lelaki warga Pakistan ditahan

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2025
04:10 MYT
Sindiket cetak pelekat palsu imigresen tumpas, lelaki warga Pakistan ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia turut menyita 13 pelekat palsu terdiri daripada enam visa Bangladesh, dua visa India, dua visa Amerika Syarikat, satu visa masing-masing dari Indonesia dan Pakistan.
Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga asing ditahan kerana dipercayai menjadi dalang utama sindiket meminda dan mencetak pelekat palsu imigresen untuk dijual kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berada dalam negara ini.
Lelaki warga Pakistan berusia lewat 40-an itu dicekup dalam Operasi Khas yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar Jalan Ipoh, di sini, pada Isnin kira-kira 11 pagi.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pasukan penguatkuasa turut menyiasat dua wanita dan seorang lelaki tempatan yang ketika itu sedang berurusan di premis tersebut.
Kata beliau, hasil siasatan mendapati, lelaki warga Pakistan itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas sah untuk berada di negara ini.
“Pasukan operasi turut menyita 13 pelekat palsu terdiri daripada enam visa Bangladesh, dua visa India, dua visa Amerika Syarikat, satu visa masing-masing dari Indonesia dan Pakistan.
“Turut dirampas satu pelekat biometrik pasport Bangladesh, satu set komputer, komputer riba dan mesin pencetak,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam perkembangan sama, hasil siasatan mendapati pelekat itu dijual dengan harga sekitar M100 hingga RM120 sekeping mengikut negara yang dicetak.
Kesemua warganegara asing yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#pati
#Imigresen
#Pelekat palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami