KUALA LUMPUR: Seramai lapan lelaki dan seorang wanita ditahan di sekitar Lembah Klang pada Selasa dalam Ops Lejang Wira kerana disyaki terbabit dengan sindiket curi kenderaan yang menyasarkan kereta jenis Proton Wira.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sindiket yang aktif sejak Disember lalu itu menggunakan kunci Allen khas untuk membuka pintu dan suis kenderaan terbabit.
Menurutnya, sindiket menyasarkan kenderaan jenis Proton Wira berikutan permintaan tinggi di pasaran untuk alat ganti kereta tersebut.
"Suspek bertindak mencuri kenderaan dan meleraikan komponen untuk dijual kepada individu yang berminat dan pemilik kedai alat ganti kenderaan yang dikenali di sekitar kawasan Gombak, Selangor.
"Manakala komponen seperti bateri kenderaan dijual di kedai barangan lusuh.
"Ada komponen itu akan dijual kepada kawan yang memiliki sebuah bengkel. Pemilik bengkel yang berusia 38 tahun itu dia akan jual barang curi ini di media sosial," katanya kepada media selepas program lawatan mesra Ketua Polis Daerah Sentul di Pasar Pagi, Taman Kok Doh, Segambut, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 24 hingga 38 tahun mempunyai rekod lampau manakala dalang sindiket yang berusia 33 tahun merupakan bekas tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang baharu dibebaskan pada 2019.
"Hasil siasatan mendapati sindiket ini didalangi oleh lelaki warga tempatan yang menyasarkan kenderaan jenis Proton Wira dan 'mastermind' ini sudah aktif sejak tahun 2007 sudah biasa keluar masuk penjara,"katanya.
Eng Lai berkata, pihak polis berjaya merampas empat buah Proton Wira yang dilaporkan hilang dianggarkan bernilai RM24,000 serta turut merampas sembilan buah telefon bimbit, kunci Proton (tiga), kad Touch N Go (dua), spanar T diubah suai (satu), kunci Allen diubah suai (tiga), dan sebatang spanar saiz 10.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihak polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes kecurian kereta di sekitar Lembah Klang menerusi tangkapan tersebut.
Katanya, seorang suspek telah dituduh pada Rabu di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 atas kesalahan gagal memberi keterangan.
"Seramai enam suspek utama di dalam kes ini masih lagi dalam tahanan reman bermula 10 Februari sehingga 17 Februari Manakala dua suspek telah diberikan jaminan dan dijadikan saksi polis," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 17 2022
Sindiket menyasarkan kenderaan jenis Proton Wira berikutan permintaan tinggi di pasaran untuk alat ganti kereta tersebut. -Foto Sinar Harian
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Polis kesan pemandu Proton Wira langgar lari penghantar makanan
Polis sedang mengesan pemandu kereta Proton Wira yang terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, di sini, semalam.
Empat lelaki maut kereta bertembung lori
Empat mangsa yang juga penumpang Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandunya hanya mengalami kecederaan ringan.
Pekerja kilang maut, terperangkap kereta terbakar
Seorang pekerja kilang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Nyalas - Rim, di sini, pagi tadi.
Pemandu kereta parah dirempuh lori, bas
Seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Buaya, Hulu Selangor malam tadi.
Polis jejak empat dipercayai suspek curi kereta loloskan diri
Empat lelaki dipercayai suspek curi kereta meloloskan diri di kawasan Seksyen 6, Flat Gugusan Cempaka di sini ketika diburu polis hari ini.