awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket curi kereta Geng Metro tumpas

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2016
05:27 MYT
Sindiket curi kereta Geng Metro tumpas
Wan Najmuddin (tengah) berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 35 tahun kini ditahan reman di lokap IPD Kulai untuk siasatan lanjut. - Foto Astro AWANI
Polis Johor percaya telah berjaya menumpaskan sebuah sindiket mencuri kenderaan mewah oleh kumpulan Geng Metro yang giat melakukan jenayah di sekitar negeri itu.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Najmuddin Wan Mohd berkata, kejayaan itu hasil dua serbuan menerusi Op Lejang Metro yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai minggu ini yang berjaya menahan suspek bersama beberapa kenderaan yang dicuri.
“Pasti ia barangan curi, anda boleh didakwa kerana memiliki barang curi, kalau tidak ada permintaan, tidak ada benda ini. Itu peranannya kedua-dua pihak, betul tidak?. Kedua-dua pihak kalau tidak ada permintaan, tidak akan berlaku.
"Maknanya ada tambahan (kejadian) dalam musim raya ini. Semua hendak pakai kenderaan murah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai hari ini.
Menurutnya lagi, hasil serbuan di Kempas pada 15 Jun lalu, seorang lelaki dipercayai aktif melakukan kegiatan mencuri kereta berjaya ditahan.
Turut dirampas sebuah kenderaan yang digunakan untuk melakukan kegiatan tersebut.
Beberapa jam selepas tangkapan pertama, satu lagi serbuan dilakukan di sekitar Permas Jaya dan berjaya menahan tiga lelaki dan dua wanita.
Lima lagi kenderaan curi turut dirampas.
Katanya lagi kenderaan yang dicuri termasuk kenderaan warga Singapura yang dilaporkan hilang bulan lalu.
Selain itu, pada 18 Jun, seorang lelaki yang dipercayai suami kepada salah seorang suspek hadir ke IPD Kulai untuk menyerah diri.
Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 28 hingga 35 tahun kini ditahan reman di lokap IPD Kulai untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#curi kenderaan
#Geng Metro
#Johor
#Kulai
#Op Lejang Metro
#Wan Najmuddin Wan Moh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan