MALAYSIA
Sindiket dadah antarabangsa tumpas, polis rampas methamphetamine RM1.44 juta
Hussein (kiri) ketika sidang media di Balai Polis Pelabuhan Klang, di sini hari ini. - Gambar/ Bernama
KLANG: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas dadah jenis methamphetamine bernilai RM1.44 juta yang disembunyikan di bahagian atas sebuah kontena diubah suai menerusi serbuan di Pelabuhan Barat, di sini pada 7 Nov.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata operasi itu dijalankan hasil maklumat daripada Pasukan Petugas Khas Tiger Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Polis Persekutuan Australia (AFP) yang mengesan pergerakan mencurigakan kontena itu sewaktu transit di Pelabuhan Klang.
"Sindiket itu dipercayai membawa masuk bekalan dari Timur Tengah (Asia Barat) dan menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit sebelum penghantaran ke Australia dengan mengisytiharkan membawa 22 palet kepingan marmar.
"Namun, risikan antarabangsa mengesyaki wujud muatan tambahan yang cuba diselindung sebelum pemeriksaan menemukan ruang khas yang telah diubah suai lengkap dengan kesan kimpalan baharu," katanya pada sidang media di Balai Polis Pelabuhan Klang, di sini hari ini.
Hussein berkata pemeriksaan ruangan yang diubah suai di bahagian atas kontena itu menemukan 136 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan kristal disyaki methamphetamine seberat 45 kilogram.
Beliau berkata rampasan itu adalah kejayaan kedua pasukan JSJN tahun ini bagi kes yang menggunakan modus operandi hampir sama, iaitu menjadikan Pelabuhan Klang sebagai transit penghantaran dadah.
"Kita berjaya menyekat penghantaran dadah ke negara sasaran mereka, tetapi taktik mereka sentiasa berubah dan dalam kes kali ini, ruang khusus diwujudkan dalam kontena untuk menyembunyikan dadah dengan kaedah sedemikian sedikit berbeza berbanding kes-kes terdahulu," katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hussein berkata tiada syarikat tempatan yang terlibat dalam penghantaran dadah terbabit dan kontena berkenaan berada di Pelabuhan Klang untuk transit sebelum ke destinasi seterusnya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Westports, pihak berkuasa pelabuhan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta rakan strategik antarabangsa seperti AFP dan Unit Anti-Narkotik Polis Dubai yang membantu pihaknya membongkar kegiatan sindiket dadah berkenaan.
-- BERNAMA