awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket dadah tumpas, empat individu diberkas polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/09/2022
15:26 MYT
Sindiket dadah tumpas, empat individu diberkas polis
Chong Chern berkata, empat individu ditahan selepas polis menyerbu rumah di Taman Halaman Indah dan Kondominium Cassia di Butterworth. - Gambar fail
NIBONG TEBAL: Sindiket pengedaran dadah jenis heroin dan ganja di Pulau Pinang tumpas selepas polis menahan empat individu dalam tiga serbuan di Jawi dan Butterworth pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Lee Chong Chern berkata, empat individu termasuk dua yang mempunyai ikatan persaudaraan ditahan selepas polis menyerbu rumah di Taman Halaman Indah dan Kondominium Cassia di Butterworth.
Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis SPS berjaya merampas dadah yang keseluruhan bernilai RM27,720.
Chong Chern berkata, serbuan pertama dibuat di sebuah rumah di Taman Halaman Indah, Jawi dan polis menahan seorang lelaki dan perempuan berusia 33 tahun serta merampas dadah heroin seberat 909 gram bernilai RM10,000 dan syabu seberat dua gram bernilai RM200.
Susulan daripada tangkapan itu membawa kepada serbuan di Kondominium Cassia di Butterworth dan menangkap seorang lelaki berusia 51 tahun dan perempuan berusia 29 tahun.
"Hasil daripada tangkapan ini, kita buat “follow up” serbuan di Butterworth, ada dua serbuan di situ, serbuan pertama kita berjaya merampas dadah jenis ganja iaitu tiga bungkus dadah.
"Serbuan kedua pula kita berjaya temui empat bungkusan dadah, dan di situ saja kita dapat dadah dalam kuantiti besar sebanyak tujuh ketulan ganja mampat dengan berat RM6,910 gram dengan nilai RM17,500 dan syabu seberat dua gram bernilai RM20.
"Serbuan seterusnya juga di Butterworth kita dapat satu lagi tangkapan dan kita berjaya merampas beberapa jenis dadah lagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Jawi, di sini, pada Rabu.
Chong Chern berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif melakukan aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini dan dadah berkenaan dijual untuk pasaran tempatan.
Selain dadah pihaknya turut merampas sebuah kenderaan milik suspek yang bernilai RM50,000, menjadikan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM77,720.
Beliau berkata kesemua suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan narkotik kini direman selama enam hari untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#sindiket dadah
#pulau pinang
#serbuan polis
#Lee Chong Chern
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan