KUANTAN: Polis Pahang menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi empat lelaki warga tempatan termasuk dua adik-beradik, dipercayai aktif di kawasan Felda sekitar Kuantan sejak setahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 32 hingga 42 tahun itu, telah ditahan dalam empat serbuan berbeza Khamis lepas.
Katanya, pihak polis menemukan 3.5 kilogram (kg) dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM76,164 serta turut merampas wang tunai berjumlah RM91,250, selain barang kemas, tiga buah kereta, lapan motosikal dan 19 utas jam tangan pelbagai jenama.
"Suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Mahkota Maju di sini pada 5 petang yang membawa kepada serbuan seterusnya di tempat letak kereta Plaza Tol Gambang dan di tepi jalan perhentian bas Simpang Lepar Hilir pada sebelah malam hari sama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.
Suspek ketiga yang ditahan berhampiran plaza tol itu dipercayai pembekal yang membawa dadah tersebut dari Lembah Klang dan menyerahkannya kepada suspek lain di sini untuk dijual.
Ramli berkata ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka positif dadah, manakala tiga daripadanya mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.
Kesemua mereka kini direman sehingga Jumaat ini (1 April) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 32 hingga 42 tahun itu, telah ditahan dalam empat serbuan berbeza Khamis lepas. - Gambar fail/BERNAMA

Jenayah | Suami isteri ditemukan mati dibunuh di rumah sendiri
Sepasang suami isteri ditemukan mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka dekat Taman Bercham Aman, Ipoh, pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan.

Aidiladha | Peniaga diingatkan tak ambil kesempatan naik harga
Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam dan telur meskipun mendapat permintaan yang tinggi menjelang Aidiladha nanti. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata peniaga tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian selain perlu patuh kepada harga siling RM9.40 yang ditetapkan.

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Peguamnya Too Xing Ji mengesahkan yang Kalwant telah menjalani hukuman.

Muslim Food Industries sasar jualan RM24 juta tahun ini
MFI yakin dapat mencapai sasaran berikutan jualan setakat suku kedua tahun ini telah mencapai sebanyak RM7.8 juta.

Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Alasan kenaikan OPR untuk kurangkan kadar inflasi sukar diterima - Asyraf Wajdi
Katanya, keluarga yang mempunyai beberapa pinjaman bank mungkin akan bertambah perbelanjaan bulanan sebanyak ratusan ringgit.

Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa parah dihantar ke PPUKM dan HKL manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kemalangan | Pemandu maut rempuh tembok pembahagi plaza tol
Seorang pemuda maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh tembok pembahagi Plaza Tol Penchala arah selatan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) awal pagi tadi.

Banjir | Pahang bantu hantar 150 sukarelawan ke Baling
Pahang menghantar 150 sukarelawan bersama bantuan kemanusiaan dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menurutnya, ia terdiri dari Majlis Tindakan Sosial Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan Skuad Bencana Pahang termasuk sukarelawan dari beberapa daerah lain di negeri itu.

Scam tawaran kerja sambilan: Empat pelajar rugi RM26,557
Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.

Ops Tapis Khas: Remaja 16 tahun antara 384 ditahan menagih dadah
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua suspek ditahan berusia 16 hingga 67 tahun di 24 kawasan penagihan dadah di seluruh negeri ini.

Sindiket edar dadah di Felda sekitar Kuantan tumpas
Polis Pahang menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi empat lelaki warga tempatan termasuk dua adik-beradik, dipercayai aktif di kawasan Felda sekitar Kuantan sejak setahun lepas.

Suami isteri ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik air
Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Puncak Tringkap, Brinchang pagi tadi.

23 anggota, pegawai polis Pahang dibuang kerja sejak 2020
Sebanyak 14 kes direkodkan tahun lepas, manakala sembilan pada 2020 dengan penyalahgunaan dadah merupakan kesalahan tertinggi.

Melancong sambil mencuri, enam individu termasuk tiga wanita ditahan
'Melancong sambil mencuri' merupakan taktik enam individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam tujuh kejadian pecah kereta di kawasan pekan Tanah Rata.

Polis Pahang terima tiga laporan kes buli di tiga sekolah berasrama
Polis Pahang menerima tiga laporan kes buli melibatkan pelajar-pelajar di tiga sekolah di Muadzam Shah, Maran dan Lipis.

Pejabat JSJ di bangunan IPK Pahang terbakar
Kejadian jam 4.15 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Cameron Highlands, Bukit Fraser antara kawasan pelancongan dipantau Polis Pahang
Polis Pahang akan meningkatkan pemantauan di kawasan pelancongan negeri ini susulan aktiviti sektor berkenaan sudah dirancakkan semula.

Agong berkenan dengar taklimat persediaan hadapi banjir di Pahang
Taklimat yang bermula pada 10.30 pagi berlangsung selama hampir sejam itu disampaikan oleh Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan.