awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket guna taktik baharu bawa pelarian Rohingya ke Malaysia - Hamzah Zainudin

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
22/06/2021
12:42 MYT
Sindiket guna taktik baharu bawa pelarian Rohingya ke Malaysia - Hamzah Zainudin
Hamzah berkata, kini sindiket menempatkan pelarian di Indonesia terlebih dahulu sebelum cuba membawa mereka ke Malaysia menggunakan bot kecil. - Gambar fail
LANGKAWI: Pihak berkuasa mengesan taktik baharu yang digunakan sindiket penyeludupan pelarian etnik Rohingya ke Malaysia melalui perairan negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, berbeza dengan penggunaan bot besar seperti sebelum ini, kini sindiket menempatkan pelarian di Indonesia terlebih dahulu sebelum cuba membawa mereka ke Malaysia menggunakan bot kecil.
"Mereka ada strategi lain... dulu dia datang masuk dengan bot yang besar-besar... last year, (mereka) datang kita usir mereka but this time around mereka datang dengan cara lain...
"Dia (pelarian) duduk (di Indonesia) sekejap, tengok bila dia (sindiket) rasa (kawalan) kita longgar sikit, dia masuk menggunakan bot-bot...
"Jadi dia tak bawa masuk ramai-ramai, itulah cara mereka masuk sekarang ini dan yang kita hairan ini, bila sampai masuk dah ada orang tunggu di dalam negara kita... itu bermakna sudah ada sindiket yang sudahpun bekerjasama dengan mereka" katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan dan pemantauan di beberapa lokasi sekitar Pulau Langkawi, pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata sindiket terbabit ketika ini dipercayai sedang menunggu masa yang sesuai bagi membawa kumpulan pelarian Rohingya yang sudah menunggu di Indonesia ke Malaysia.
"Kita tahu dia (punya taktik), they are now in Indonesia, we know a group of people waiting just to come into our country tapi dalam masa yang sama kita juga sedang bersedia dengan semua agensi kita, mula-mula kita ada APMM (Maritim Malaysia) dan kita ada Polis Marin dan NTF (National Task Force), untuk membantu supaya mereka tidak boleh masuk," katanya.
Dalam pada itu, Hamzah berkata, setakat ini dianggarkan 100,000 pelarian Rohingya telah diusir daripada memasuki perairan negara.
Hamzah turut mengesahkan menerima maklumat mengenai penglibatan nelayan tempatan yang bekerjasama dengan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludupan dadah.
Topic Berkaitan
#pelarian
#Rohingya
#sindiket penyeludupan manusia
#KDN
#taktik baharu
#Indonesia
#bot kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan