awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket jual anggota haiwan palsu ditumpas

Bernama
Bernama
19/06/2013
23:30 MYT
Sindiket jual anggota haiwan palsu ditumpas
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menumpaskan sindiket menjual pelbagai bahagian hidupan liar yang didakwa asli dengan penahanan tiga lelaki warga India, semalam.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Perhilitan Malaysia, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, bertindak atas maklumat orang awam, pihaknya menyerbu sebuah premis yang terletak di kaki lima di Jalan Pasar, Pudu di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
"Salah seorang suspek ditahan di tempat perniagaan mereka, manakala dua orang lagi diberkas di sebuah premis berhampiran tempat perniagaan mereka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, susulan tangkapan itu, pihaknya merampas sebanyak 3,059 pelbagai bahagian dan terbitan lain palsu seperti kuku, gigi dan kaki harimau, kuku dan kepala serigala, kuku burung helang serta bulu gajah.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua barangan rampasan yang itu adalah palsu dan menambah bahawa ada barangan tersebut asalnya daripada bahagian kambing.
Katanya, ketiga suspek berusia lingkungan 30 dan 50 tahun itu ditahan reman di Balai Polis Dang Wangi hingga Jumaat ini.
Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716), Seksyen 87, yang memperuntukkan penjara tidak melebihi satu tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Topic Berkaitan
#Abdul Kadir Abu Hashim
#haiwan
#Perhilitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan