SHAH ALAM: Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank dalam serbuan di sekitar Lembah Klang dan Gombak pada Rabu hingga Jumaat lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua suspek berumur 20 hingga 30 tahun terdiri daripada 12 lelaki dan tiga perempuan tempatan serta seorang wanita warga Nigeria itu dipercayai aktif dalam kegiatan tersebut sejak enam bulan yang lalu.
Beliau berkata menerusi serbuan itu pihak polis berjaya merampas 31 unit telefon bimbit, 30 kad ATM pelbagai bank, satu unit komputer riba bersama pencetak dan fail mengandungi pelbagai dokumen yang digunakan bagi tujuan pendaftaran akaun baharu bank.
"Semakan mendapati seorang daripada mereka yang ditahan, dipercayai ketua sindiket itu mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah dikenakan tindakan perintah sekatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) pada 2021.
"Dua pegawai bank yang ditahan bekerja sebagai Mobile Deposit Specialist (MDS) dan dipercayai bertindak menguruskan pendaftaran akaun bank penama atau individu yang dibawa oleh orang tengah sebelum mengutip kad ATM yang telah siap untuk dijual kepada sindiket penipuan dengan harga sehingga RM8,000 bagi satu kad bank," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hussein berkata modus operandi sindiket yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan membeli dan menjual kad ATM di sekitar Lembah Klang itu adalah mereka membeli akaun bank dan kad ATM dari mana-mana individu dengan harga RM1,000 hingga RM1,500 sebelum menjualnya kepada sindiket yang menjalankan penipuan dengan harga sehingga RM8,000 bagi setiap keping kad.
Beliau berkata siasatan ke atas dua pegawai bank yang ditahan mendapati sebanyak 40 akaun telah dibuka oleh mereka sejak terlibat dalam aktiviti itu enam bulan lalu dengan upah sekitar RM250 bagi setiap kad ATM yang diproses.
"Siasatan juga mengenal pasti lima akaun bank yang dirampas ketika serbuan itu terlibat dalam 15 kes penipuan atas talian melibatkan kerugian RM2.3 juta yang mana kesemua transaksi tersebut berlaku di antara Februari hingga Mac tahun ini di lapan buah negeri, antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perak dan Johor.
Kesemua suspek telah ditahan reman dan kes disiasat di bawah Sesyen 420/ 120B Kanun Keseksaan dan jika disabit bersalah boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan atau denda atau ketiga-tiganya," katanya.
Dalam hal itu, Hussein mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang diberi oleh sindiket untuk menyewa dan menyerahkan akaun bank dan kad ATM dengan bayaran lumayan yang diiklankan di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Hussein berkata kesemua suspek berumur 20 hingga 30 tahun terdiri daripada 12 lelaki dan tiga perempuan tempatan serta seorang wanita warga Nigeria itu dipercayai aktif dalam kegiatan tersebut sejak enam bulan yang lalu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Polis tahan 84 pembangun aplikasi judi dalam talian
Polis menahan 84 individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai berperanan membangunkan aplikasi judi dalam talian untuk pasaran luar negara.
Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta
Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.
11 pengawal keselamatan bank ditahan simpan senjata api di rumah
Polis menahan 11 pengawal keselamatan bank di sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor pada 6 dan 7 Feb lepas kerana melanggar syarat lesen iaitu menyimpan senjata api di rumah.
Miliki wang tunai lebih RM3,000 ketika SJR: 10 polis trafik ditukar ke pentadbiran
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua mereka akan melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.
Seramai 311 pegawai, anggota polis di Selangor disiasat tahun lepas
Polis Selangor membuka kertas siasatan berkaitan kes tatatertib dan jenayah terhadap seramai 311 pegawai dan anggota sepanjang tahun lepas.
Polis keluar hampir 700 saman terhadap pelajar 2 sekolah di Petaling Jaya
Sebanyak 689 saman kesalahan lalu lintas membabitkan pelajar dua sekolah di Petaling Jaya direkodkan sejak Januari lepas.
Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib
Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.
Polis rampas dadah bernilai RM12.8 juta, 14 individu ditahan
Polis menumpaskan dua sindiket memproses dadah dan lima kumpulan dipercayai mengedar dadah, hasil tujuh serbuan berasingan yang dijalankan pada 8 hingga 17 Sept lepas di sekitar Lembah Klang.
Selangor catat peningkatan kes keganasan rumah tangga sejak 2017
Selangor menjadi negeri tertinggi di Malaysia yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga dengan peningkatan jumlah kes terbabit dilaporkan bermula sejak 2017.
Tiga beranak ditemukan mati di kediaman mereka di Ampang
Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang.