KUALA LUMPUR: Tujuh warga asing termasuk dua wanita ditahan dalam serbuan di tiga premis sekitar Puchong dan Selangor semalam, kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan 'Love Scam'.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun ditahan dalam Op Tiong khusus bagi membanteras kegiatan penipuan itu, hasil kolaborasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Hong Kong Police Force.
Tanpa mendedahkan nilai kerugian dialami mangsa, beliau berkata mereka yang terlibat dalam sindiket itu menyasarkan mangsa dalam kalangan rakyat Malaysia dan Hong Kong.
"Siasatan mendapati ahli sindiket ini memasuki Malaysia sekitar tiga tahun lepas menggunakan pas pelajar serta menggunakan pelbagai nama samaran serta akaun palsu di platform Facebook dan Instagram.
"Mereka akan menghantar permohonan untuk menjadi rakan kepada pengguna media sosial di negara sasaran, dan mangsa yang terpedaya dengan kata-kata manis dan janji palsu kemudiannya akan diminta memindahkan wang ke dalam akaun bank yang diberikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Turut dirampas dalam serbuan itu beberapa komputer riba, telefon bimbit, router, pasport dan sejumlah kad ATM pelbagai bank.
Mohd Kamarudin berkata, kesemua suspek direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpesona dengan gambar profil yang cantik atau tampan yang digunakan di media sosial, serta tidak mudah terpedaya dengan kata-kata manis atau janji yang ditaburkan.
"Waspada dalam memilih rakan melalui laman sosial terutamanya kenalan dari luar negara serta tidak memberi pinjaman atau memasukkan wang ke dalam akaun individu tidak dikenali," katanya.
Beliau juga berkata orang ramai diminta membuat semakan terlebih dahulu melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau memuat turun aplikasi "Semak Mule CCID" sebelum membuat sebarang transaksi.
Mohd Kamarudin berkata orang ramai diminta menghubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-26101559 /03-26101599 jika mempunyai sebarang maklumat atau keraguan berkaitan jenayah komersil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021

Orang ramai diminta menghubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-26101559 /03-26101599 jika mempunyai sebarang maklumat atau keraguan berkaitan jenayah komersil. - Gambar hiasan

Tiada kompromi jika pegawai langgar Artikel 5.3 WHO FCTC - KKM
Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar garis panduan Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC).

Mohammad Agus mula tugas sebagai KP J-KOM hari ini
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Kilang roti beroperasi 20 tahun tiada permit simpan gandum
Penguat kuasa KPDN Pulau Pinang sita 700 kg tepung gandum di kilang roti terkenal di Jalan Transfer, George Town.

Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj

Pantau Kerajaan Baharu | Cadangan bangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden
Pantau Kerajaan Baharu kali ini membincangkan cadangan membangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden bersama Pemilik Kundasang Aqua Farm, Azizul Julirin

Sindiket Dadah | Tonton YouTube untuk belajar proses pembuatan dadah
Polis Serdang berjaya mengesan sindiket memproses dadah yang dipelajari menerusi YouTube. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata sindiket itu bergiat aktif di sebuah kilang dekat Seri Kembangan didalangi seorang lelaki berusia 44 tahun.

PM Anwar usul kerjasama swasta - kerajaan perkasakan TVET
Kerajaan akan kenal pasti syarikat swasta dan GLC yang boleh bantu selesaikan masalah yang wujud.
![[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan [TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007667/24992726401675322032966_640x360.jpg)
[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.

Beruang matahari tersesat gigit anggota bomba berjaya ditangkap
Seekor beruang matahari dipercayai tersesat di kawasan sawah di Kampung Selengkoh, Yan, berjaya ditangkap sekitar 1 tengah hari tadi.
![[TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet [TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007666/24992726361675321328696_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca mesyuarat Kabinet
Ikuti sidang media pasca Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wanita Indonesia maut selepas bersalin di rumah
Mayatnya telah dibawa ke Forensik Hospital Rembau untuk di tujuan bedah siasat pada Rabu.

Amah larikan wang tunai, barang kemas majikan bernilai RM14,000
Hasil siasatan mendapati suspek tidur di bilik tidur bahagian atas bersebelahan bilik tidur pengadu dan beg pakaian suspek masih ada.

Mayat terapung dalam bekas lombong
Pemeriksaan awal polis mendapati mayat itu berkemungkinan warga asing kerana tidak ada tanda suntikan vaksin BCG di tangan.

DBKL sita premis perniagaan warga asing
Tindakan berkenaan meliputi tujuh pengeluaran kompaun dan tujuh tindakan penutupan premis.

DBKL arah tutup 14 kedai dikendali warga asing
Sebanyak 14 premis dikendalikan warga asing di Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga off Jalan Gelugor, di sini diarah tutup serta-merta dalam operasi penguatkuasaan pada Sabtu.

78 individu ditahan termasuk pembekal dadah dipanggil 'Doktor'
Polis berjaya menahan tiga pembekal dadah ke pusat-pusat hiburan termasuk seorang lelaki warga asing berumur 32 tahun.

DBKL tutup 14 premis perniagaan dikendali warga asing
Tindakan itu diambil susulan operasi khas dijalankan DBKL di sekitar pusat beli-belah itu yang bermula lewat petang dan berakhir 10.30 malam.

Polis ambil keterangan saksi jumpa mayat dikerat 5, disumbat dalam beg
Polis sudah merakam keterangan seorang saksi berhubung penemuan mayat yang dikerat lima dan disumbatkan ke dalam sebuah beg hitam di kilometer 447 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Kanak-kanak mangsa dera ditemui tepi jalan masih trauma
Mangsa yang dianggarkan berusia sekitar tiga hingga empat tahun berkenaan sukar untuk berkomunikasi walaupun seorang jurubahasa dipanggil untuk bercakap dengannya.

Dua warga asing ditahan ketuai mogok di Genting Highlands
Dua orang warga asing dipercayai ketua disoal siasat kerana melancarkan mogok di Amber Court, Genting Highlands, 2 Januari lalu.