awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas

Sinar Harian
Sinar Harian
06/07/2022
03:50 MYT
Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
JAIPk berjaya menumpaskan sindiket nikah tanpa tauliah dengan menggunakan surat nikah Thailand disyaki palsu di kawasan Chepor. -Gambar hiasan
IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menumpaskan sindiket nikah tanpa tauliah dengan menggunakan surat nikah Thailand disyaki palsu di kawasan Chepor di sini, baru-baru ini.
Serbuan kira-kira jam 9.30 malam yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah itu membawa kepada penahanan lelaki dikenali 'Ustaz Zul' berusia 50 tahun.
Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, hasil serbuan pihaknya telah menahan 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah.
"'Ustaz Zul' ditahan ketika sedang menikahkan sepasang pengantin yang berasal dari Klebang di sini.
"Pernikahan tersebut yang dibuat tanpa melalui prosedur yang betul kerana ingin mengelak daripada pengetahuan isteri pertama," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Menurutnya, sebanyak 15 keping surat nikah Thailand atas nama pelbagai pasangan telah dirampas dalam serbuan tersebut.
"Siasatan awal mendapati sindiket itu mengenakan bayaran antara RM4,500 hingga RM6,000 untuk menguruskan pernikahan secara rahsia dan menggunakan surat nikah Thailand untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 40 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 kerana kesalahan akad nikah tanpa kebenaran yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara," katanya.
Mohd Yusop berkata, JAIPk memandang serius aktiviti pernikahan oleh sindiket ini dan beberapa lokasi serta individu terlibat dikenal pasti telah menjalankan perbuatan sama.
"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dan akan dibawa ke muka pengadilan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan pernikahan sindiket yang kononnya sebagai jalan mudah untuk mendapatkan pernikahan terutamanya secara poligami.
"Kesannya bukan sahaja kerugian wang malah pernikahan tersebut berdepan dengan status tidak sah yang kemudiannya boleh merosakkan nasab keturunan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sindiket nikah
#Ustaz Zul
#JAIPk
#surat nikah Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan