KUANTAN: Ahli keluarga Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28, mangsa pemerdagangan manusia yang meninggal dunia dalam tahanan Imigresen di Myanmar, 14 Oktober lalu berhasrat membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di sini.
Abang mangsa, Muhammad Hasmalizam, 45, berkata, pada awalnya ahli keluarga mengambil keputusan untuk kebumikan jenazah adiknya itu di Yangon.
Menurutnya, disebabkan tiada pengesahan rasmi daripada pegawai perubatan dari Myanmar berhubung punca kematian adiknya itu, mereka menukar keputusan untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.
"Selain untuk dikebumikan, kami juga mahu mengetahui punca sebenar kematiannya kerana ragu-ragu apabila dikatakan akibat serangan jantung.
"Saya bersama dua ahli keluarga akan ke Yangon, Jumaat ini bagi urusan membawa pulang jenazah," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang di Kampung Peramu dekat sini pada Rabu.
Turut serta pada lawatan itu, Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo.
Dalam pada itu, Muhammad Hasmalizam berkata, bedah siasat akan dilakukan di sebuah hospital di Yangon sebelum jenazah dibenarkan dibawa pulang ke tanah air.
"Selepas tiba di negara ini, bedah siasat kali kedua akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.
"Jika benar kematian Muhammad Izzat disebabkan sakit jantung, kami reda walaupun arwah tidak menghidap sebarang penyakit sebelum ini," katanya.
Dia berkata, keluarganya dimaklumkan wakil Kedutaan Malaysia di Myanmar akan menguruskan proses membawa jenazah dari Tachileik ke Yangon.
"Jenazah dijangka tiba di Yangon esok (Khamis) manakala saya bersama adik dan anak saudara akan tiba di Yangon, Jumaat ini.
"Kami harap segala urusan proses bedah siasat dan pengurusan membawa pulang jenazah akan dipermudahkan," katanya.
Sementara itu, Chun Kuang berkata, pihaknya akan membantu mendapatkan sumbangan daripada kerajaan Pahang bagi menampung kos membawa pulang jenazah Muhammad Izzat yang dianggarkan mencecah AS$6,000 atau RM28,440.
"Sumbangan yang berjaya dikumpulkan setakat ini RM7,000.
"Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa," katanya.
Allahyarham Izzat dilaporkan menaiki penerbangan ke Bangkok pada 7 Oktober lalu sebelum diculik ke Myanmar melalui jalan darat pada 11 Oktober.
Mangsa kemudiannya diselamatkan oleh wakil pertubuhan kemanusiaan, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam tahanan Imigresen di Pusat Imigresen Tachileik di Myanmar pada 14 Oktober lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nurul Diyana Mohd Shukur, 27, tahun dan dua anak lelaki Muhammad Nu’man dan Muhammad Naqib Anaqi masing-masing berusia empat dan enam tahun. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 18 2023
Muhammad Hasmalizam (tengah) bersama isteri Allahyarham Muhammad Izzat, Nurul Diyana ditemui pemberita di rumah mangsa di Kampung Peramu pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motorsikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ombudsman Indonesia desak peningkatan pemeriksaan pasport, banteras pemerdagangan manusia
Beberapa mangsa pemerdagangan manusia dapat dipintas sebelum berlepas ke luar negara dengan penyeliaan imigresen yang lebih ketat.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Undang-undang buruh Malaysia tidak terpakai di negara asing - Mohamad Alamin
Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan.
Pemerdagangan manusia: Graduan IT perlu hati-hati, elak jadi mangsa - Shuhaily
Seiring perkembangan teknologi dan tawaran gaji yang menarik, golongan itu tidak terlepas daripada menjadi sasaran.
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad
Enam lagi individu dipercayai ahli (GISB) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia, pada pagi Ahad.
Indonesia keluar amaran peningkatan mangsa pemerdagangan manusia
Indonesia telah menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah mangsa pemerdagangan manusia di Asia Tenggara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Jangan guna agama selindung kezaliman - Che Puan Khaleeda
Che Puan Khaleeda dengan tegas bertitah, agama seharusnya menjadi asas kepada kasih sayang, perlindungan serta kesejahteraan masyarakat.
Kertas siasatan ahli politik dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia telah lengkap - KPN
Kertas siasatan berhubung seorang ahli politik tempatan dan suaminya dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar telah dilengkapkan.