awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket penipuan kerja: 5 mangsa selamat dibawa pulang, 14 lagi sedang dikesan di Thailand

Fareez Azman
Fareez Azman
19/02/2023
09:34 MYT
Sindiket penipuan kerja: 5 mangsa selamat dibawa pulang, 14 lagi sedang dikesan di Thailand
Abd Jalil (kanan) dalam sidang media bersama Kementerian Luar mengenai isu kepulangan mangsa sindiket penipuan pekerajaan di KLIA pada hari ini. - Astro AWANI
SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan lokasi 14 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Thailand.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, usaha mengesan itu melibatkan kerjasama Polis Diraja Thailand dan Kementerian Luar Negeri (KLN).
"Mengikut laporan polis terdapat 19 orang (rakyat Malaysia) terkandas di Thailand. Kita dah bawa balik lima orang, tinggal 14 lagi masih kita kesan lokasi.
"(PDRM) berunding supaya pihak berkuasa Thailand percepatkan proses bawa pulang, dan mengkoordinasi agar disegerakan," jelasnya.
Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati, rata-rata mangsa diperdaya oleh sindiket dengan tawaran gaji lumayan sehingga AS$2,000 (RM9,600) sebulan.
Bagaimanapun, mangsa akan dibawa ke lokasi tertentu sebelum dipaksa bekerja sebagai scammer.
"Lima orang (mangsa) ini sebulan atau dua bulan di Thailand, mereka pergi semua dengan cara yang betul, ditempatkan di hotel di Bangkok, sampai sana mereka dibawa ke tempat sulit untuk bekerja sebagai scammer.
"Apabila bekerja di tempat sulit, mereka ditugaskan di pusat panggilan untuk menipu mangsa-mangsa lain dengan apa cara sekali pun.
"(Mereka ditawar) AS$2,000 sebulan. Jadi satu tanda tanya ... kenapa tanpa kelulusan, tanpa apa-apa pengalaman, mangsa boleh ditawarkan dengan gaji sebegitu," ujarnya lagi.
Sehingga Februari tahun ini, tambah Abd Jalil, pihak telah menerima 267 laporan polis melibatkan 339 mangsa rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Kementerian Luar mengenai isu kepulangan mangsa sindiket penipuan pekerajaan di KLIA pada hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Bahagian Konsular, Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohamad Ali Selamat.
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#tipu kerja
#PDRM
#Thailand
#scammer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan