MALAYSIA
Sindiket penipuan panggilan telefon menyamar pegawai polis tumpas
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai kanan polis dengan penahanan tiga individu termasuk dua wanita dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Selangor, minggu lepas. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai kanan polis dengan penahanan tiga individu termasuk dua wanita dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Selangor, minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata mereka yang merupakan warga tempatan ditahan pada 11 dan 12 Jan, berusia antara 28 hingga 46 tahun.
Beliau berkata tangkapan itu susulan laporan diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju pada 10 Jan daripada mangsa, iaitu seorang penuntut wanita berumur 18 tahun.
Beliau berkata mangsa mendakwa dihubungi individu memperkenalkan diri polis berpangkat ACP dari Bukit Aman dan dimaklumkan terlibat kes pengubahan wang haram dan perlu menyerahkan barangan berharga untuk siasatan.
"Mangsa yang terperdaya mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM70,000," katanya pada sidang media di IPD Wangsa Maju di sini hari ini.
POLIS-PENIPUAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Mohamad Lazim berkata polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan jenayah termasuk sebuah kereta Proton Iriz, beg tangan, telefon bimbit, barangan kemas, wang tunai RM560 serta dua ketulan emas seberat 172.77 gram.
"Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM132,360 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata seorang daripada suspek telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan manakala dua lagi dijadikan saksi pendakwaan.
Mohamad Lazim menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon mencurigakan dan tidak panik walaupun pemanggil mengaku sebagai pihak berkuasa.
"PDRM menegaskan sebarang urusan rasmi memerlukan kehadiran fizikal di balai polis atau IPD dan tidak akan diselesaikan melalui panggilan telefon semata-mata," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang awam tidak menyerahkan wang, barangan berharga atau maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali serta membuat semakan akaun dan nombor telefon melalui laman sesawang ccid.rmp.gov.my/semakmule/.
-- BERNAMA