MALAYSIA
Sindiket PMA tumpas, pegawai Imigresen antara 8 ditahan
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata kejayaan itu hasil maklumat awal dan risikan selama sebulan sebelum pasukan operasi digerakkan ke enam lokasi di Perak serta dua lokasi masing-masing di Melaka dan Johor. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Sindiket pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan proses permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) berjaya ditumpaskan menerusi operasi khas serentak semalam, yang turut membawa kepada penahanan seorang pegawai Imigresen dipercayai bertindak sebagai 'pemudah cara'.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata kejayaan itu hasil maklumat awal dan risikan selama sebulan sebelum pasukan operasi digerakkan ke enam lokasi di Perak serta dua lokasi masing-masing di Melaka dan Johor.
"Operasi ini berjaya menahan lapan individu, terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 32 hingga 61 tahun, selain seorang lelaki tempatan dipercayai anggota sindiket.
"Seorang lagi lelaki, iaitu pegawai Imigresen yang dipercayai menjadi 'pemudah cara', turut ditahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zakaria berkata pasukan operasi turut menyita empat sijil kelahiran, satu pasport Malaysia, lapan telefon bimbit dan 13 salinan borang permohonan PMA.
Menurut siasatan awal, dua wanita dan seorang lelaki tempatan yang ditahan menyamar sebagai 'penjaga sah' untuk membawa kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai warga Sri Lanka ke pejabat Imigresen bagi memohon pasport Malaysia.
"Tiga lelaki tempatan lain menggunakan kad pengenalan sendiri untuk membuat permohonan PMA bagi kegunaan orang dewasa warga Sri Lanka. Sindiket ini menawarkan bayaran antara RM5,000 hingga RM7,000 bagi setiap PMA yang diperoleh sama ada bagi kanak-kanak atau orang dewasa.
"Sindiket ini dipercayai aktif sejak Januari 2025," katanya.
Zakaria menambah, semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Pasport 1966 dan dibawa ke pejabat Imigresen bagi tindakan seterusnya, manakala tujuh lelaki dan lima wanita tempatan lain turut diberi notis hadir bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sindiket pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) berjaya ditumpaskan dalam operasi khas serentak yang hasilkan lapan individu ditahan, termasuk seorang pegawai Imigresen yang dipercayai sebagai 'pemudah cara'.
- Operasi itu melibatkan enam lokasi di Perak, dua lokasi di Melaka, dan Johor, dengan penyitaan beberapa dokumen palsu, termasuk sijil kelahiran, pasport Malaysia, telefon bimbit, dan borang permohonan PMA.
- Suspek-suspek ditahan menyamar sebagai 'penjaga sah' membawa kanak-kanak warga Sri Lanka ke pejabat Imigresen untuk memohon PMA, dengan bayaran antara RM5,000 hingga RM7,000 setiap permohonan, sindiket ini didakwa aktif sejak Januari 2025.