awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun

Sindiket seleweng diesel bersubdisi lumpuh, tujuh ditahan

Bernama
Bernama
14/09/2022
15:55 MYT
Sindiket seleweng diesel bersubdisi lumpuh, tujuh ditahan
Ketua Polis Selangor CP Datuk Arjunaidi Mohamed (kiri) menunjukkan barang rampasan ketika sidang media berkaitan kejayaan anggota Batalion 4 Pasukan PGA Semenyih dalam menumpaskan satu sidiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi. - Foto BERNAMA
BANTING: Pasukan Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berjaya melumpuhkan satu sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi selepas merampas 109,700 liter diesel dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan di Jalan Klang-Banting, Sungai Jenjarom di sini semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pasukan itu turut menahan tujuh lelaki termasuk tiga warga Bangladesh serta seorang warga Myanmar, semuanya berusia 22 hingga 37 tahun, dalam serbuan kira-kira pukul 9 pagi itu.
Beliau berkata selain diesel, turut dirampas ialah 28 unit pam penyedut minyak diesel serta 19 buah lori tangki yang diubah suai, dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM1.6 juta.
Katanya kegiatan penyelewengan diesel subsidi yang berselindung disebalik aktiviti pemprosesan minyak hitam terpakai sejak dua tahun lepas itu lumpuh, hasil risikan selama sebulan yang dijalankan oleh pasukan Batalion 4 PGA.
"Mereka akan membeli minyak diesel bersubsidi dengan harga yang lebih murah daripada harga diesel yang ditetapkan kepada pihak industri, antaranya RM8 seliter bagi sektor perkapalan dan industri perkilangan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya sindiket itu menjalankan kegiatan membeli minyak diesel dari stesen minyak sekitar Kuala Langat menggunakan lori yang telah diubah suai sebelum dipindahkan ke dalam tangki simpanan iaitu 'skid tank' dan tangki 'Intermediate Bulk Containers' (IBC) di gudang itu, untuk dijual semula kepada pelanggan mereka iaitu kalangan pengusaha industri.
Katanya semua suspek yang berperanan sebagai pemandu lori dan pekerja am itu direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"Kes ini telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk siasatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket seleweng diesel
#diesel bersubsidi
#PGA
#Semenyih
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.