SANDAKAN: Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS), menumpaskan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dari loji yang tidak diiktiraf, yang dianggarkan bernilai RM2,722,604 di sini malam tadi.
Timbalan Pengarah JKDNKA (Gerakan) Datuk Mohd Hishamudin Tahar berkata serbuan ke atas sebuah premis di kawasan perindustrian ringan di sini, merampas sejumlah 9,782 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging ayam seperti sayap, paha dan dada.
"Sembilan individu terdiri daripada lima lelaki dewasa tempatan dan empat lelaki dewasa asing, telah diperiksa dalam serbuan di sini. Kes akan disiasat di bawah Enakmen Haiwan Sabah 2015.
"PDRM melalui JKDNKA sentiasa komited dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak bercukai kastam, serta penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi agar hasil negara sentiasa dilindungi dan terpelihara," katanya kepada pemberita selepas meninjau barangan rampasan itu di premis berkenaan hari ini.
Mohd Hishamudin berkata sejak Januari tahun ini, WCB/PSK telah berjaya melancarkan lapan serbuan di Sabah dan dua di Sarawak, terhadap kumpulan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM44,281,391.70.
Pengarah JPVS Dr Normah Yusop berkata pihaknya telah meragui kegiatan premis itu sejak tahun lepas lagi, namun dengan kerjasama PDRM, terutama menerusi PGA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah membuat pendekatan serbuan yang lebih bersepadu.
"Kita mengesyaki barangan (daging ayam) diimport dari loji tidak diiktiraf di China, Australia, Denmark dan Poland, iaitu loji yang tidak mempunyai sijil halal.
"Barangan ini disyaki untuk pasaran tempatan, juga pulau-pulau di Filipina," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Serbuan ke atas sebuah premis di kawasan perindustrian ringan merampas sejumlah 9,782 kotak mengandungi pelbagai bahagian daging ayam seperti sayap, paha dan dada. - Gambar Sinar Harian

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.

Kerajaan terus komited bangunkan belia - TPM
Kerajaan Perpaduan terus komited memberi tumpuan khusus kepada golongan belia bukan sahaja di bandar tetapi menjangkau ke kawasan desa dan pendalaman di seluruh negara.

Sindiket seludup makan sejuk beku lebih RM2 juta tumpas di Sandakan
WCB/PSK JKDNKA PDRM, PGA Sabah dan JPVS, menumpaskan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dari loji yang tidak diiktiraf, yang dianggarkan bernilai RM2,722,604 di sini malam tadi.

Premis jual makanan import dari Korea Selatan dikesan campur produk halal, tak halal
Kesalahan itu dikesan semasa serbuan Ops Label yang dijalankan Unit Penguatkuasaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan negeri, hari ini.

Platform digital bantu Mama Food Marketing pasar produk sejuk beku
Kepesatan dunia digital dengan pelbagai medium komunikasi yang ada ketika ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengusaha berusia 36 tahun ini demi menjamin kelangsungan perniagaannya.

Suspek tetak kerani hingga mati diburu
Dua remaja mangsa amukan pekerja kilang memproses makanan sejuk beku di Kampung Selamat, Kepala Batas, Pulau Pinang, malam tadi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.