awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket seludup manusia tumpas

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2022
04:50 MYT
Sindiket seludup manusia tumpas
Seramai 49 PATI warga Myanmar diberkas menerusi Ops Gelombang di sekitar Kelantan pada Rabu. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Sindiket penyeludupan manusia yang aktif sejak Mei lalu akhirnya tumpas dalam serbuan di Terminal Bas Utama Kota Bharu dan Pasir Mas, Kelantan pada Rabu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, Ops Gelombang bermula jam 6 petang oleh sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bersama Jabatan Imigresen Kelantan itu berjaya menahan lapan lelaki tempatan berusia lingkungan 17 hingga 37 tahun.
Menurutnya, turut ditahan seramai 49 orang pedatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar terdiri daripada 32 lelaki, 16 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai baru tiba dari negara jiran melalui jalan tikus.
"Semasa serbuan, terdapat transporter tempatan dan PATI yang cuba melarikan diri, namun gagal kerana kawasan berkenaan telah dikepung.
"Pasukan operasi juga mengambil tindakan berjaga-jaga kerana sindiket ini dipercayai agresif dan bersedia melakukan ancaman fizikal untuk melepaskan diri," katanya dalam kenyataaan pada Khamis.
Ujarnya, Imigresen turut merampas 10 buah kenderaan pelbagai jenis dianggar bernilai RM200,000 yang digunakan sindiket untuk membawa PATI.
Khairul Dzaimee berkata, berdasarkan maklumat awam dan hasil risikan, modus operandi sindiket ini adalah menyeludup PATI melalui jalan laut melintasi sempadan Malaysia -Thailand dengan mengambil bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 setiap seorang. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pati
#Khairul Dzaimee Daud
#Sindiket seludup manusia tumpas
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan