JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan pembelian pakej telefon bimbit membabitkan kerugian kira-kira RM8.6 juta menerusi beberapa siri tangkapan ke atas pemilik akaun keldai dan ahli sindiket itu di sekitar Iskandar Puteri di sini pada Rabu lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam serbuan bermula pada 12.30 tengah hari hingga 11.30 malam itu, seramai 14 ahli sindiket terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita tempatan berumur lingkungan 19 hingga 38 tahun ditahan.
Beliau berkata pihaknya turut merampas 24 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 24 keping kad ATM pelbagai bank, sebuah komputer riba dan sebuah tablet dipercayai digunakan ahli sindiket dalam kegiatan itu.
Ayob berkata siasatan mendapati sindiket itu, yang bergiat aktif sejak awal tahun lepas, membeli akaun keldai bagi tujuan membuat pendaftaran pembelian pakej talian berserta telefon bimbit.
"Selain itu, mereka menggunakan dokumen palsu seperti penyata gaji dan surat majikan yang dikeluarkan oleh sindiket sama bagi mengaburi pihak telco.
"Setelah pendaftaran dan identiti pemilik akaun keldai disahkan pihak telco, sindiket itu akan membuat pembayaran menggunakan kad kredit milik individu lain seterusnya telefon dan pakej yang didaftarkan diserahkan kepada ahli sindiket," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata bagi setiap transaksi yang berjaya dilakukan, pemilik akaun keldai akan menerima komisen sebanyak RM350 manakala ejen yang mendapatkan khidmat pemilik akaun itu menerima RM150.
Ayob Khan berkata pihak syarikat telekomunikasi mula menyedari menjadi mangsa penipuan setelah usaha pembayaran melalui kad kredit yang didaftarkan sewaktu pembelian pakej ditolak pihak bank.
Katanya semakan dengan syarikat telekomunikasi terbabit mengesahkan mereka telah mengalami kerugian lebih RM8.6 juta.
Beliau berkata kejayaan menumpaskan sindiket itu merupakan yang pertama oleh polis Johor membabitkan penipuan pembelian pakej telefon bimbit.
Ayob berkata kesemua yang ditahan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun serta boleh dikenakan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Katanya sehubungan itu, polis kini mengesan dan memburu ketua sindiket dikenali sebagai Tan Boon Han, 38, dengan alamat terakhir di Kampar, Perak serta Wong King An, 27, dan The Chin How, 38, yang bertindak sebagai orang kanan.
Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Pegawai Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen Johor ASP Timmy Anak Aheng di talian 019-877 3728 atau menerusi hotline JSJK di talian 013-2111 1222.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan) menunjukkan barang rampasan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. - BERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Sindiket tipu beli pakej telefon bimbit libatkan kerugian lebih RM8 juta tumpas
Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan pembelian pakej telefon bimbit membabitkan kerugian kira-kira RM8.6 juta.