MALAYSIA
Sindiket vape campur ketamin di Klang diserbu, tiga lelaki ditahan
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pada Selasa. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai penjual, penjaga stor serta pembungkus dalam serbuan ke atas sebuah stor penyimpanan dan pembungkusan vape bercampur dadah di Klang, Selangor, minggu lalu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 2,068 katrij, 550 pod dan 240 botol berisi cecair vape campuran dadah jenis ketamin dengan anggaran isipadu 61 liter, yang dianggaran bernilai RM3.04 juta.
"Jika bekalan dadah tersebut terlepas ke pasaran, ia boleh dibekalkan kepada kira-kira 12,200 individu sehari dengan mengambil kira lima mililiter setiap seorang.
“Kesemua suspek yang berusia 33 hingga 49 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pada Selasa.
Menurut Shazeli, siasatan awal mendapati sindiket itu aktif menjual vape bercampur dadah secara terbuka kepada orang awam sejak enam bulan lalu.
Katanya, mereka dipercayai membeli dadah yang siap diproses menerusi dalam talian dan menggunakan perkhidmatan kurier untuk penghantaran kepada pelanggan.
Dalam serbuan itu, polis juga menyita tiga kereta serta barangan kemas dianggarkan bernilai RM134,800.
"Kesemua rampasan dan tangkapan adalah hasil operasi risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik," katanya.
Ringkasan AI
- Polis Selangor menumpaskan sindiket pembungkusan vape dicampur dadah dengan menahan tiga lelaki di Klang, merampas bahan bernilai RM3.04 juta untuk pasaran tempatan.
- Sindiket yang aktif selama enam bulan ini memperoleh produk terlarang secara dalam talian sebelum dijual secara terbuka.
- Ketiga-tiga lelaki terbabit, yang berperanan sebagai penjual, penjaga stor, dan pembungkus, kini direman hingga 6 Disember untuk siasatan lanjut.