awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket visa perubatan: EAIC sita 156 fail permohonan pas lawatan sosial

Bernama
Bernama
08/10/2024
14:52 MYT
Sindiket visa perubatan: EAIC sita 156 fail permohonan pas lawatan sosial
EAIC memaklumkan bahawa pihaknya telah hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen Putrajaya pada 1 Okt lepas untuk melaksanakan penyitaan tersebut selaras dengan Seksyen 41 Akta 700. - Gambar EAIC
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menyita 156 fail permohonan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket visa perubatan yang melibatkan pegawai Jabatan Imigresen (JIM).
EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya telah hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit Jabatan Imigresen Putrajaya pada 1 Okt lepas untuk melaksanakan penyitaan tersebut selaras dengan Seksyen 41 Akta 700.
"Sitaan ini dijalankan susulan aduan yang diterima berhubung dakwaan pegawai Jabatan Imigresen yang dikatakan mengeluarkan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) kepada warga asing tanpa mematuhi prosedur," menurut kenyataan itu.
Susulan itu, siasatan penuh sedang dijalankan selaras dengan Subseksyen 27(4) yang dibaca bersama dengan Subseksyen 26(3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].
Terdahulu Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban mengesahkan EAIC telah hadir ke ibu pejabat Imigresen untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dakwaan pelanggaran integriti membabitkan pegawai di jabatan tersebut.
Zakaria berkata pihaknya menyerahkan siasatan tersebut kepada EAIC dan memandang serius serta sentiasa komited dalam memastikan tiada pelanggaran integriti oleh anggotanya, selaras fokus utamanya untuk meningkatkan tatakelola, tadbir urus, disiplin dan integriti bagi memperbaiki imej dan reputasi JIM, agar kembali dihormati dan disegani.
Media hari ini melaporkan sindiket terbabit yang didakwa telah lama berleluasa memberi kelulusan visa perubatan kepada warga asing untuk masuk ke negara ini, kononnya atas tujuan mendapatkan khidmat perubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#warga asing
#EAIC
#visa perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan