awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura atasi London, New York, Zurich dalam 10 'bandar raya termahal di dunia'

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2024
07:05 MYT
Singapura atasi London, New York, Zurich dalam 10 'bandar raya termahal di dunia'
Singapura mengatasi London, New York dan Zurich dalam 10 bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat. - Gambar hiasan/ Bernama
Singapura telah mengatasi London, New York dan Zurich dalam 10 bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global.
London telah naik sembilan anak tangga sejak tahun lalu dan kini berada di kedudukan kelapan dalam penarafan kos sara hidup di bandar oleh Mercer bagi 2024, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman seperti dipetik Bernama.
Faktor seperti kos sara hidup dan harga sewa menyumbang kepada penarafan ini.
Hong Kong mengekalkan kedudukan teratas tahun ini diikuti Singapura dan Zurich, Switzerland.
Paris berada di kedudukan ke-29 dan Dublin pada kedudukan ke-41.
Indeks itu merangkumi 226 lokasi di seluruh dunia dan diukur berdasarkan 200 faktor termasuk pengangkutan, makanan, pakaian, barangan isi rumah dan hiburan.
Mercer, sebuah perniagaan Marsh McLennan menyusun penarafan ini bagi membantu majikan multinasional merancang pakej pampasan untuk pekerja.
Peningkatan kos perumahan di kebanyakan bandar di seluruh dunia telah menjadi cabaran kepada majikan, dengan trend inflasi yang tidak menentu juga memberi tekanan kepada pakej pampasan pekerja, menurut Mercer.
Berikut ialah kedudukan bandar-bandar dengan kos sara hidup tertinggi 2024 oleh Mercer
1. Hong Kong
2. Singapura
3. Zurich, Switzerland
4. Geneva, Switzerland
5. Basel, Switzerland
6. Bern, Switzerland
7. New York, Amerika Syarikat
8. London, United Kingdom
9. Nassau, Bahamas
10. Los Angeles, Amerika Syarikat
Topic Berkaitan
#Singapura
#kos sara hidup
#bandar paling mahal
#London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan