SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk membina hubungan lebih kukuh antara republik itu dan Malaysia, termasuk dengan negeri Perak.
Beliau berkata demikian dalam kemas kini Facebooknya mengenai pertemuannya dengan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah.
Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak kini dalam rangka lawatan empat hari ke Singapura bermula Selasa atas undangan Lee.
"Gembira kami dapat bertemu secara bersemuka lagi kerana sempadan telah dibuka semula. Kami membincangkan perkembangan serantau dan mengenai bidang kerjasama yang boleh diperkukuhkan lagi antara Singapura dan Perak," tulis Lee.
Lee turut memuat naik gambar beliau dan Sultan Nazrin.
Turut serta dalam pertemuan itu Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.
"Kali terakhir kami bertemu pada 2019, ketika Sultan Nazrin melawat Singapura untuk Kejohanan Golf Universiti Malaya-NUS," tulis Lee.
Menurut Kementerian Luar Singapura, Sultan Nazrin akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.
"Sultan Perak juga akan diberi taklimat mengenai Rancangan Hijau Singapura 2030," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Lee Hsien Loong berkongsi gambar beliau bersama Sultan Nazrin Shah di akaun Facebook miliknya. - Foto Facebook/Lee Hsien Loong

Sindiket Minyak | Sindiket jual minyak terpakai secara haram tumpas
Beli minyak enjin terpakai dari bengkel dan kilang sebelum menjual kepada pihak industri dengan harga lebih murah dari pasaran. Itu taktik sindiket penjualan minyak enjin terpakai secara haram yang berjaya ditumpas polis Johor.

Lelaki hilang empat hari di dusun durian ditemukan lemah, tidak bermaya
Kamarudin Hasan ditemukan dalam keadaan selamat oleh orang awam pada jam 10.50 pagi tadi.

SPRM | YDP pertubuhan kebajikan direman, salah guna kuasa
Seorang Yang Di-Pertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa. Turut direman pengarah urusan sebuah syarikat usahasama yang mempunyai kepentingan ke atas syarikat tersebut.

Kes Dadah | 70 peratus kes di mahkamah libatkan dadah
Lebih 70 peratus kes jenayah yang dikendalikan di mahkamah Kelantan adalah berkaitan dadah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang) Datuk Mas Emiryati Samsuddin berkata, angka itu membimbangkan serta menggambarkan keseriusan masalah dadah di negeri ini itu.

Majlis Raja-Raja | Agong hadiri hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-259 di Istana Negara.

Berita palsu mungkin antara punca bekalan minyak masak kurang - Annuar
Annuar menegaskan terdapat beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca kepada kurangnya bekalan minyak masak di pasaran terutamanya jenis peket baru-baru ini.

AWANI Ringkas: Majlis Raja-raja bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi [TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975973/thumbnails/30178457201656570847772_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Pasukan Jihad Tangani Inflasi
Ikuti sidang media Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Harga Siling | Impak secara langsung kepada semua pihak
Pengerusi Persatuan Penternak Selangor, Idrus Zainal Abidin mengulas keputusan Kabinet pada Rabu yang tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia. Selain itu juga, Kabinet turut bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Tiada masalah wujud beberapa pasukan tangani isu harga barang, inflasi - Annuar
Tidak timbul masalah apabila ada beberapa jawatankuasa membincangkan soal sara hidup dan inflasi di Malaysia.

Singapura mahu terus perkukuh hubungan dengan Malaysia
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berharap untuk membina hubungan lebih kukuh antara republik itu dan Malaysia.

Malaysia, Singapura sepakat terus perkukuh hubungan dua hala
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan tindak balas terhadap cabaran keselamatan serantau seperti keselamatan siber dan maritim.

Lawrence Wong dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura
Lee Hsien Loong melalui laman Instagramnya mengumumkan, pelantikan Wong merupakan sebahagian rombakan kabinet, berkuat kuasa 13 Jun ini.

Khairy dijadual ke Singapura sebagai Felo Pertukaran Lee Kuan Yew mulai 31 Mei
Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin akan berada di Singapura sebagai Felo Pertukaran Lee Kuan Yew dari 31 Mei hingga 3 Jun 2022, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu.

PM Malaysia, Singapura bertemu di Tokyo bincang pemukiman
Malaysia, kata Ismail Sabri, akan menjadi tuan rumah bagi pemukiman dengan negara jiran itu pada tahun ini.

Halang kemasukan Abdul Somad: Akaun media sosial pemimpin, agensi Singapura dispam
Akaun media sosial beberapa pemimpin politik dan agensi kerajaan di Singapura telah dispam pengikut kepada seorang penceramah Indonesia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura pada Isnin.

Pengurniaan darjah kebesaran akrabkan hubungan Johor, Singapura
Ia juga dijangka merancakkan lagi ekonomi Johor dan Singapura memandangkan sempadan negara di Tambak Johor sudah dibuka selepas lama ditutup akibat COVID-19.

Sultan Johor kurnia darjah kebesaran tertinggi kepada PM Singapura
Sultan Ibrahim bertitah pengurniaan itu terus mengukuhkan hubungan persahabatan erat Johor dan Singapura yang terjalin sekian lama.

PM Lee, isteri bakal terima darjah kebesaran negeri Johor
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching bakal dianugerahkan darjah kebesaran utama negeri Johor daripada Sultan Ibrahim Iskandar dalam satu majlis di Johor pada Jumaat (6 Mei).

Nagaenthran telah lalui proses perundangan sewajarnya - Jawapan pemimpin Singapura kepada rakan sejawatan di Malaysia
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan menjawab pertanyaan media mengenai surat rayuan daripada pemimpin Malaysia mengenai pelaksanaan kehakiman Nagaenthran.