awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singgah kedai buku dalam kesibukan lawatan kerja, Ahmad Zahid galak budaya membaca

Bernama
Bernama
17/07/2025
15:15 MYT
Singgah kedai buku dalam kesibukan lawatan kerja, Ahmad Zahid galak budaya membaca
Di sebalik kesibukan lawatan kerja ke New Zealand, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap meluangkan masa untuk singgah di Unity Book Store, sebuah kedai buku ikonik yang terletak di jantung kota Wellington. - Foto Facebook Zahid Hamidi
WELLINGTON: Di sebalik kesibukan lawatan kerja ke New Zealand, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap meluangkan masa untuk singgah di Unity Book Store, sebuah kedai buku ikonik yang terletak di jantung kota Wellington.
Menerusi catatan di Facebook, Ahmad Zahid menyifatkan buku sebagai jendela ilmu yang membuka wawasan merentasi sempadan geografi dan budaya.
"Meskipun dihimpit jadual yang padat, saya percaya bahawa ilmu tetap perlu dicari, dibaca dan dihargai," katanya.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata setiap helaian buku menyimpan pemikiran, sejarah, pandangan dan harapan manusia daripada pelbagai latar belakang.
"Sebab itulah saya sentiasa terinspirasi untuk mencari dan menelusuri sudut-sudut dunia melalui pembacaan, walau di mana saya berada. Bagaimana pula dengan anda? Buku apa yang anda baca hari ini?" katanya.
Lawatan ringkas ke kedai buku itu dilakukan pada hari keempat lawatan rasmi beliau ke New Zealand yang turut merangkumi pertemuan dua hala dengan Menteri Pertanian, Perhutanan, Perdagangan dan Pelaburan negara itu Todd McClay serta melawat Pusat Pengurusan Krisis Kebangsaan (Beehive Bunker) di Wellington.
Ahmad Zahid akan menamatkan lawatan kerja beliau dan berlepas pulang ke Kuala Lumpur esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#singgah kedai buku
#Unity Book Store
#budaya membaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan