awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siniawan mungkin kawasan pertama dilanda banjir di selatan Sarawak - Lee Kim Shin

Bernama
Bernama
08/01/2021
07:29 MYT
Siniawan mungkin kawasan pertama dilanda banjir di selatan Sarawak - Lee Kim Shin
Pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah diarahkan untuk mengadakan lebih banyak program kesedaran terutamanya mengenai fungsi stesen telemetri berkenaan kepada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan stesen itu. - Gambar fail
KUCHING:Siniawan, sebuah kawasan penempatan pinggir bandar kira-kira 26km dari sini, berkemungkinan menjadi kawasan pertama di Bahagian Kuching yang dilanda banjir berikutan keadaan hujan berterusan sejak kebelakangan ini dan lokasi geografinya berdekatan Sungai Sarawak Kanan.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata berikutan jangkaan itu, penduduk di Siniawan diminta supaya peka terhadap bunyi siren daripada sebuah stesen telemetri di kawasan itu yang memberi amaran apabila paras air sungai mencecah tahap berbahaya dan berkemungkinan berlakunya banjir.
"Stesen telemetri ini berfungsi untuk memberi amaran awal kepada penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir dengan mengaktifkan sistem penggera apabila berlakunya kenaikan air secara berterusan sehingga mencapai tahap risiko berlakunya banjir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) telah diarahkan untuk mengadakan lebih banyak program kesedaran terutamanya mengenai fungsi stesen telemetri berkenaan kepada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan stesen itu.
"Tujuan program kesedaran ini adalah untuk mendidik dan memberi panduan kepada penduduk setempat mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya sistem amaran penggera berbunyi," katanya.
Stesen telemetri di Siniawan itu merupakan antara 22 stesen seumpama itu yang beroperasi setiap hari dan terletak di kawasan tadahan Sungai Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siniawan
#penempatan banjir
#Lee Kim Shin
#banjir Sarawak
#Lembaga Sungai-sungai Sarawak
#Sungai Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan