Sinovac berkesan setanding Pfizer - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Julai 20, 2021 06:27 MYT
Dr Noor Hisham menegaskan, Sinovac dan Pfizer tidak mempunyai banyak perbezaan dan kedua-duanya berkesan dalam usaha mencegah jangkitan teruk COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Data perubatan menunjukkan vaksin Sinovac mempunyai kadar keberkesanan yang sama dengan Pfizer dalam melawan virus COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi di Facebooknya pada Selasa berhubung laporan sebuah jurnal kesihatan pada 7 Julai lalu mengenai penggunaan vaksin Sinovac oleh negara Chile dari Februari hingga Mei lalu.
Laporan "New England Journal of Medicine" itu melihat kepada seramai 4.2 juta orang lengkap divaksin berbanding 5.5 juta penduduk yang tidak divaksin.
"Sinovac didapati mengurangkan 65.9 peratus jangkitan COVID-19, mengurangkan kemasukan hospital (87.5 peratus), mengurangkan kemasukan ICU (90.3 peratus) dan mengurangkan kematian (86.3 peratus),” katanya.
Agenda AWANI: Ancaman varian baharu COVID-19 & keberkesanan vaksin
Dr Noor Hisham berkata, jurnal yang sama pada Disember 2020 melaporkan, ujian dilakukan Pfizer menunjukkan keberkesanan 95 peratus adalah sangat rendah dan menganalisa 170 kes COVID-19 (8 divaksin. 162 dalam kumpulan tidak divaksinasi).
Justeru, Dr Noor Hisham menegaskan, Sinovac dan Pfizer tidak mempunyai banyak perbezaan dan kedua-duanya berkesan dalam usaha mencegah jangkitan teruk COVID-19.
Sumber Facebook DGHisham
#Noor Hisham Abdullah #KKM #Ketua Pengarah Kesihatan #COVID-19 #Sinovac #Pfizer