awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sirajuddin dilantik Ketua Pengarah Jakim - KSN

Bernama
Bernama
01/10/2024
07:16 MYT
Sirajuddin dilantik Ketua Pengarah Jakim - KSN
Pelantikan Sirajuddin merupakan satu daripada usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam seiring dengan agenda reformasi perkhidmatan awam. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan berkata pelantikan Sirajuddin, 57, merupakan satu daripada usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam seiring dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan memperkukuhkan Jakim sebagai jabatan peneraju hal ehwal Islam di Malaysia.
Beliau berkata Sirajuddin yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah (Dakwah) di Jabatan Agama Islam Selangor pada 2 Jan 1992.
Sirajuddin yang juga lulusan Ijazah Sarjana Sains Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi MARA dan Ijazah Doktor Falsafah (Sains Komputer) dari University of South Australia itu pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim serta Setiausaha Pertama (Halal) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra, Australia.
Pada masa sama, Shamsul Azri turut mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah Jakim terdahulu, Datuk Hakimah Mohd Yusoff sebagai Penyelaras Hal Ehwal Agama yang melibatkan koordinasi antara Jakim, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata pelantikan Hakimah yang pernah melakar sejarah wanita pertama dilantik Ketua Pengarah Jakim itu bertujuan memangkin pengurusan hal ehwal halal Malaysia yang cekap dan berkesan serta diiktiraf di seluruh dunia.
"Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu Jakim ke arah mengangkat kemuliaan agama Islam dan memartabatkan Jakim sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang komprehensif serta berdaya saing di persada global," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sirajuddin Suhaimee
#Ketua Pengarah Jakim
#pelantikan
#KSN
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan