MALAYSIA
Siri Jerayawara ke seluruh negara kumpul maklum balas penubuhan Tribunal Anti-Buli
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA : Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) akan menganjurkan siri jerayawara di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung cadangan penubuhan Tribunal Anti-Buli.
Ringkasan AI
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu bertujuan mengumpul pandangan awam dan pihak berkepentingan untuk menambah baik proses, undang-undang serta mekanisme berkaitan tribunal berkenaan.
“Azalina (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi)) telah menyatakan dalam Mesyuarat Kabinet bahawa beliau akan melaksanakan jerayawara, sesi pertemuan atau town hall bermula di Kuala Lumpur sebelum menjelajah ke setiap negeri untuk mendapatkan pandangan daripada orang ramai serta pihak berkepentingan mengenai tribunal ini.
“Maklumat terperinci termasuk lokasi, waktu dan kaedah penyertaan akan dimaklumkan oleh pejabat Datuk Seri Azalina,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Fahmi berkata, Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turut dimaklumkan mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli yang berlangsung semalam. Mesyuarat itu dihadiri ketua setiausaha, ketua pengarah, dan wakil pelbagai kementerian serta agensi bagi membincangkan langkah ke arah penubuhan tribunal tersebut.
“Antara perkara yang dibangkitkan ialah cadangan Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) supaya tribunal ini dihadkan kepada kes melibatkan individu berusia bawah 18 tahun. Namun, ini masih peringkat cadangan awal.
“Beliau (Azalina) turut memaklumkan bahawa siri mesyuarat akan diteruskan minggu hadapan untuk meneliti aspek pelaksanaan Tribunal Anti-Buli,” jelasnya.
Ringkasan AI
- BHEUU akan anjur siri jerayawara seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas awam berhubung cadangan penubuhan Tribunal Anti-Buli.
- Tujuan jerayawara adalah mengumpul pandangan awam dan pihak berkepentingan bagi menambah baik proses, undang-undang dan mekanisme tribunal.
- Cadangan awal termasuk had umur bawah 18 tahun, dan siri mesyuarat akan diteruskan minggu hadapan untuk meneliti aspek pelaksanaan tribunal tersebut.