GADGETS

Siri Samsung Galaxy Z baharu tidak hanya nipis dan ringan, malah lebih bijak

Amzar Alif 10/07/2025 | 10:44 MYT
Samsung memperkenalkan promosi pratempah menarik untuk Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7, termasuk naik taraf storan dua kali ganda, baucar e-digital dan pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan. -Gambar Samsung
KUALA LUMPUR: Samsung mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam teknologi peranti boleh lipat menerusi pelancaran rasmi siri Galaxy Z terkini iaitu Galaxy Z Fold7, Galaxy Z Flip7, dan Galaxy Watch8.


Ringkasan AI
  • Samsung melancarkan Galaxy Z Fold7, Z Flip7, dan Galaxy Watch8 dengan reka bentuk nipis, ringan, dan pintar untuk gaya hidup moden.
  • Galaxy Z Fold7 dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 3 dan Galaxy AI, menawarkan pengalaman multitugas seperti komputer mini lipat.
  • Galaxy Z Flip7 dan Watch8 hadir dengan ciri AI dan kesihatan canggih, serta promosi pratempahan hingga 31 Julai 2025.


Reka bentuk peranti ini disasarkan kepada pengguna moden yang mengutamakan keseimbangan antara gaya, produktiviti, dan kesihatan, menjadikan siri baharu ini bukan sekadar nipis dan ringan, malah lebih bijak dan serba boleh.

Tumpuan utama terarah kepada Galaxy Z Fold7 yang kini tampil dengan reka bentuk lebih nipis dan ringan berbanding generasi sebelumnya, tanpa mengorbankan prestasi.

Diperhebat dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) Galaxy AI, Galaxy Z Fold7 bukan sekadar peranti mudah alih, tetapi transformasi kepada sebuah komputer mini lipat yang menawarkan pengalaman multitugas dan produktiviti tanpa gangguan.

Menurut Ketua Bahagian Mobile eXperience Samsung Malaysia, Matthew Ng, peranti ini direka untuk memberikan fleksibiliti maksimum kepada pengguna.

“Tahun ini memang titik perubahan untuk siri Galaxy Z bukan setakat lebih nipis dan ringan, tapi ia juga lebih bijak, fleksibel dan senang digunakan.

"Galaxy Z Fold7 kali ini direka khas memberi pengalaman Ultra sepenuhnya dalam bentuk boleh lipat,” katanya.

xxx


xxx


Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, Galaxy Z Fold7 turut dilengkapi sistem kamera canggih dan ciri baharu seperti Taskbar untuk akses pantas aplikasi serta fungsi Dual App Pop-Up, membolehkan pengguna membuka dua aplikasi overlay tanpa menutup paparan utama.

Ciri ini memudahkan penyuntingan kandungan, penyemakan dokumen dan kolaborasi dalam satu paparan yang luas.

Sementara itu, Galaxy Z Flip7 pula membawa dimensi baharu kepada peranti boleh lipat bersaiz poket.

Ia kini tampil dengan skrin FlexWindow 3.4 inci yang dinaik taraf sepenuhnya, membolehkan pengguna mengakses aplikasi utama seperti YouTube, WhatsApp dan Google Maps tanpa perlu membuka lipatan telefon.

Galaxy Z Flip7 juga menampilkan ciri AI untuk peribadikan mesej, menjana kapsyen gambar, dan menjadual tugasan secara pintar berdasarkan corak penggunaan harian.

xxx


xxx


xxx


Dengan reka bentuk bergaya dan padat, ia disasarkan untuk golongan aktif dan penyunting kandungan.

Dalam usaha memperluaskan gaya hidup digital menyeluruh, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Watch8 yang kini dilengkapi sensor kesihatan lebih tepat termasuk pengesanan Vascular Age, pemantauan tahap stres, dan Mindfulness Tracker yang semuanya boleh disepadukan dalam ekosistem Galaxy.

Pelancaran kali ini turut disertakan promosi pratempahan yang berlangsung hingga 31 Julai 2025.

Tempahan awal bermula dari RM3,999 berpeluang menerima ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,390 termasuk e-baucar Samsung Reservation+, naik taraf storan percuma, dan rebat tambahan sehingga RM400 dengan pembayaran menggunakan kad kredit atau debit CIMB.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih pelan ansuran tanpa faedah (0%) sehingga 36 bulan.

Pratempahan untuk Galaxy Watch8 turut dibuka bermula dari RM1,299 dengan penjimatan sehingga RM966, termasuk pelan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, pengguna boleh melayari laman rasmi Samsung Malaysia di www.samsung.com/my.







#Samsung Galaxy Z #Galaxy Z Fold7 #Galaxy Z Flip7 #Galaxy Watch8 #Galaxy AI #peranti boleh lipat