awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siri Xiaomi 11T kini diperkenalkan bagi pasaran di Malaysia

Haikal Raman
Haikal Raman
25/09/2021
01:00 MYT
Siri Xiaomi 11T kini diperkenalkan bagi pasaran di Malaysia
Xiaomi kini membawa buah tangan baharu kepada peminatnya di Malaysia dengan memperkenalkan peranti premium siri Xiaomi 11T iaitu Xiaomi 11T dan 11T Pro. -Xiaomi
KUALA LUMPUR: Jenama telefon pintar no. 1 Malaysia, Xiaomi kini membawa buah tangan baharu kepada peminatnya di Malaysia dengan memperkenalkan peranti premium siri Xiaomi 11T iaitu Xiaomi 11T dan 11T Pro.
Pengurus Besar Asia Tenggara Xiaomi International, KM Leong berkata Xiaomi 11T Pro merupakan telefon pintar pertama dilancarkan secara global dengan teknologi Xiaomi HyperCharge 120W yang membolehkan pengecasan 100 peratus dalam tempoh hanya 17 minit.
Beliau berkata, inovasi Xiaomi HyperCharge 120W tersebut menerima pensijilan TUV Rheinland Safe Fast-Charge System Certification menerusi pengujian yang ketat daripada syarikat Jerman, TUV Rheinland.
“Kami juga telah menyertakan sistem pemantauan suhu masa nyata - telefon pintar ini menampilkan 9 siri sensor termal dalam port jenis-c, chip pengecasan dua kali, bateri, kawasan sejuk papan induk, CPU, dan flash LED. 9 sensor termal memantau suhu masa nyata untuk memastikan pengecasan selamat pada setiap masa.
Kedua-dua peranti ini hadir dalam tiga varian berbeza iaitu meteorite gray, moonlight white dan celestial blue.
Kedua-dua peranti ini hadir dalam tiga varian berbeza iaitu meteorite gray, moonlight white dan celestial blue.
“Xiaomi 11T Pro selain itu turut menampilkan setup tiga kamera yang berkuasa dengan sudut lebar pro-grade 108MP, 2 kali telemacro, dan lensa sudut extra-lebar 120.
“Anda semua boleh mendapatkan Xiaomi 11T Pro pada harga RM2,099 untuk varian storan 8GB+256GB dan RM2,299 untuk varian 12GB+256GB,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Kedua-dua peranti ini hadir dalam tiga warna berbeza iaitu meteorite gray, moonlight white dan celestial blue.
Pratempahan boleh dibuat sekarang hingga 29 September ini dan pengguna berpeluang mendapat set hadiah premium percuma bernilai RM688.
Set hadiah premium tersebut mengandungi satu unit Mi Watch Lite baharu, Mi True Wireless Earphones 2 Basic, waranti dua tahun dan pembaikan skrin dalam tempoh enam bulan.
Jika membeli mana-mana peranti Siri Xiaomi 11T dari 2 hingga 4 Oktober ini, pengguna berpeluang memenangi Mi TV P1 43 inci baharu bernilai RM1,799.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi Xiaomi dengan carian Xiaomi Malaysia.
Topic Berkaitan
#XiaomiMalaysia
#Xiaomi11T
#Xiaomi11TPro
#SiriXiaomi11T
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan