awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sisa jualan tak diurus sempurna punca tikus di Pasar Besar Ipoh, kes leptospirosis meningkat

Aida Aziz
Aida Aziz
13/07/2024
21:45 MYT
Sisa jualan tak diurus sempurna punca tikus di Pasar Besar Ipoh, kes leptospirosis meningkat
Rumaizi (tengah) hadir merasmikan Kempen Membasmi Infestasi Tikus di Pasar Besar Ipoh, di Ipoh, semalam. - Foto MBI
IPOH: Pengurusan sisa jualan ikan, sayur dan buah-buahan yang tidak sempurna menjadi punca utama masalah tikus di Pasar Besar Ipoh, di sini.
Selain itu, menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, kewujudan lubang (burrows) di sekitar bangunan pasar, termasuk kotak dan polisterin yang disimpan secara tidak teratur memburukkan lagi keadaan.
Katanya, lebih membimbangkan apabila berlaku peningkatan bilangan kes leptospirosis (penyakit yang berjangkit dari haiwan kepada manusia) disebabkan tikus di Kinta.
"Bilangan kes leptospirosis disebabkan tikus di daerah Kinta meningkat di mana tahun 2022 sebanyak 81 berbanding dengan 138 kes didaftarkan bagi 2023.
"Sehingga Jun 2024 sebanyak 136 kes didaftar di daerah Kinta.
"Semua peniaga Pasar Besar Ipoh perlu memberi kerjasama dalam menangani masalah urungan tikus dari segi aspek pelupusan sisa jualan ikan, sayur dan buah-buahan.
"Iaitu membuang sisa jualan ke dalam plastik sampah dan mengikatnya dengan sempurna sebelum buang ke dalam tong sampah berpenutup," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Membasmi Infestasi Tikus di Pasar Besar Ipoh, di sini, semalam
Dalam pada itu, Rumaizi berkata, kempen kawalan tikus itu mula dijalankan pada Mei lalu dan berlangsung secara berfasa sehingga 31 Julai ini.
"Peniaga diminta memasang perangkap tikus yang dibekalkan dalam tempoh masa kempen.
"Di samping sentiasa menjaga kebersihan persekitaran gerai bagi membasmi urungan tikus di sini," katanya lagi.
Menurutnya, sehingga Jun 2024, sebanyak 949 perangkap telah dipasang di sekitar Pasar Besar Ipoh.
Selain itu, sebanyak 485 ekor tikus telah ditangkap dan dilupuskan.
Ujarnya lagi, keputusan indeks tikus pada Mei 2024 adalah 3 (indeks tinggi) dan pada Jun indeks menurun kepada 2 (indeks sederhana).
"Objektif kempen ini adalah untuk mencegah penularan pelbagai jenis penyakit bawaan tikus seperti leptospirosis, hawar (plaque), tifus, jangkitan cacing dan pelbagai virus serta bakteria.
"Membasmi infestasi tikus di kawasan dikenal pasti (pasar awam utama pihak berkuasa tempatan) dan mengurangkan populasi tikus sehingga mencapai sekurang-kurangnya indeks tikus 1," katanya.
Topic Berkaitan
#tikus
#leptospirosis
#Pasar Besar Ipoh
#Rumaizi Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan