awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
Amerika longgarkan pengharaman import dron buatan negara luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sisa racun perosak dikesan pada strawberi Jepun

Bernama
Bernama
11/04/2023
13:00 MYT
Sisa racun perosak dikesan pada strawberi Jepun
Sebanyak 964.66 kilogram strawberi yang dibekalkan oleh firma Jepun Toyomarusyouzi Co telah dirampas. - Gambar hiasan
TAIPEI: Lima penghantaran strawberi segar dari Jepun dirampas di sempadan Taiwan baru-baru ini, selepas didapati mengandungi sisa racun perosak terlarang, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubatan Taiwan (FDA) pada Selasa.
Sebanyak 964.66 kilogram strawberi yang dibekalkan oleh firma Jepun Toyomarusyouzi Co telah dirampas selepas ujian sampel pada 9 Mac mengesan kehadiran cyantraniliprole, lapor CNA.
Taiwan hanya membenarkan kehadiran cyantraniliprole dengan kuantiti yang dibenarkan pada tembikai, sayur-sayuran, daun teh, epal dan pear tetapi bukan strawberi, menurut FDA.
Strawberi yang diimport oleh Yong Chuan Fruit Co yang berpangkalan di Taipei sama ada akan dikembalikan ke negara asal atau dimusnahkan.
Chen Ching-yu Ketua Pusat Pentadbiran Serantau Utara FDA, berkata pemeriksaan terhadap strawberi yang diimport dari Jepun akan berterusan sehingga Mei kerana sisa racun perosak telah berulang kali dikesan dalam buah terbabit.
FDA juga menerbitkan senarai 12 barangan import lain yang gagal dalam pemeriksaan keselamatan baru-baru ini, termasuk cendawan lion's mane dari China, serbuk cayenne dari Thailand, anggur segar dari Korea Selatan dan ubi keledek kering dari Vietnam.
--BERNAMA-CNA
Topic Berkaitan
#Taiwan
#strawberi
#racun perosak
#Jepun
#makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan