MALAYSIA
Sistem aduan buli: Aspek tertentu perlu diperhalusi semula, tingkat keberkesanan - Pakar
Kes buli boleh meragut masa depan seorang belia kerana trauma ditinggalkan pasti sukar pudar. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sistem aduan mangsa buli di sekolah perlu dilihat semula supaya dijamin melindungi identiti dan mesra pengguna.
Menurut Pakar kriminologi dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr. Haezreena Begum Abdul Hamid, proses aduan yang rumit hanya akan menyukarkan mangsa atau saksi membuat laporan, sekali gus suatu kes buli itu berlarutan lebih lama tanpa tindakan.
"Jangan menyulitkan proses aduan. Biarkan pelajar melapor dengan mudah, sama ada melalui aplikasi digital atau ‘bakul aduan’ di sekolah.
"Platform digital berasaskan teknologi mudah alih boleh menjadi saluran utama untuk pelajar melapor secara pantas dan selamat," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Tambah beliau, pelajar perlu dibenarkan membuat aduan secara 'anonymous' bagi melindungi keselamatan dan privasi mereka, namun lokasi kejadian mesti dinyatakan bagi memudahkan siasatan.
Tegasnya, keberkesanan sistem aduan itu juga bergantung kepada tindakan telus dan tegas daripada pihak sekolah serta pihak berkuasa.
"Sistem yang baik mesti diiringi komitmen tinggi daripada guru, warden, pentadbir sekolah dan kementerian. Tanpa tindakan susulan yang konsisten, aduan hanyalah catatan tanpa makna.
"Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) juga perlu menambah bilangan guru dan warden asrama sebagai langkah jangka panjang membendung gejala buli, jangan pula bebankan guru dengan kerja berlebihan, kita mahu mereka fokus kepada keadaan pelajar.
"Guru dan warden harus diberikan latihan sewajarnya supaya dapat mengesan dan menangani kes buli dalam kalangan pelajar dengan efisien," jelas Azrina.
Selain itu, turut dikemukakan cadangan untuk mewujudkan unit anti-buli di setiap kelas sebagai saluran alternatif pelajar menyalurkan aduan, berkemungkinan mereka lebih selesa menceritakan masalah dengan rakan sebaya.