awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem amaran awal tanah runtuh akan ditambah - Takiyuddin

Bernama
Bernama
05/12/2021
10:04 MYT
Sistem amaran awal tanah runtuh akan ditambah - Takiyuddin
GAMBAR FAIL: Datuk Seri Takiyuddin Hassan (kanan) mendengar penerangan daripada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Hisamuddin Termidi ketika melihat kawasan tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights pada 19 Sept lalu. - BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan menambah bilangan sistem amaran awal tanah runtuh di kawasan berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh.
Menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan dalam masa sama juga akan menjalankan kempen kepada penduduk di kawasan berisiko supaya penduduk peka dengan kejadian tersebut.
"Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) akan sentiasa membuat pemantauan kerana mereka mempunyai peta tapak kawasan berisiko tinggi.
"Sistem ini juga akan diletakkan di kawasan berisiko seperti Gunung Jerai, Kedah kerana kita tidak dapat menjangkakan kawasan mana berisiko berlakunya tanah runtuh berikutan perubahan iklim," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Insentif Kecemerlangan Peperiksaan SPM/STAM/STPM 2020 di sini hari ini.
Setakat ini, Takiyuddin berkata sistem seumpama itu telah ditempatkan di beberapa negeri seperti Sabah, Kedah dan kawasan yang mempunyai tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Pahang.
Beliau sehubungan itu berharap pemasangan sistem amaran awal itu dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
"Kita tidak mahu peralatan sudah ada tetapi tiada pula kesedaran. Dengan adanya dua perkara ini (sistem dan kesedaran) semua masalah ini akan dapat diatasi kerana ini adalah satu daripada langkah proaktif dilakukan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#sistem amaran awal
#kawasan berisiko tinggi
#Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
#Takiyuddin Hassan
#Jabatan Mineral dan Geosains
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan