awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba

Amanz
Amanz
18/04/2024
04:59 MYT
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Pemancar akan menghantar bunyi kepada penerima. Berdasarkan perkiraan kelajuan bunyi dalam laut, lokasi penyelam akan dapat dikesan dengan ketepatan sehingga 10cm. -Amanz
KETIKA pulang berhari raya minggu lalu, saya gunakan aplikasi GPS untuk melarikan diri daripada kesesakan di lebuh raya.
Setakat ini aplikasi GPS tidak pernah lagi mengecewakan dan berjaya menyelamatkan saya daripada terperangkap di atas jalan yang panas.
Tetapi sistem GPS tidak wujud sekiranya anda berada di bawah laut. Air tidak boleh ditembusi isyarat satelit.
Kapal selam menggunakan sistem navigasi inersia untuk melakukan perjalanan yang selamat.
Jadi apabila sistem Diver Navigation System (DNS) diumumkan firma EvoLogics dari Jerman diumumkan ia mendapat perhatian saya.
DNS ialah GPS yang digunakan di bawah laut. Ia terdiri daripada pelampung dengan antena di permukaan laut, pemancar bunyi, alat paparan koordinat DNS yang dipasang pada lengan, dan alat penerima isyarat yang dipakai pada tangki menyelam.
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
Selain memberikan koordinat lokasi yang tepat, ia juga boleh menghantar mesej dua hala kepada kru di atas kapal menggunakan sistem WiFi.
DNS mengingatkan kami kepada sistem Aqua-Fi yang dilaporkan empat tahun lalu cuma sistem ini menggunakan laser sebagai medium perhubungan bawah laut.
Pemancar akan menghantar bunyi kepada penerima. Berdasarkan perkiraan kelajuan bunyi dalam laut, lokasi penyelam akan dapat dikesan dengan ketepatan sehingga 10cm.
Sistem DNS walau bagaimanapun masih lagi agak terhad dengan ia hanya boleh memberikan jarak penjejakan dalam lingkungan 1.5 kilometer dari pelampung dan sehingga kedalaman 50 meter sahaja. -Amanz
Topic Berkaitan
#sistem navigasi inersia
#GPS bawah laut
#Diver Navigation System
#EvoLogics
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan