MALAYSIA
Sistem kesihatan: Krisis perlukan reformasi, penyelesaian menyeluruh - Penganalisis
Penghapusan sistem kontrak dan kenaikan elaun on-call hanyalah langkah bersifat sementara dan bukannya penyelesaian holistik.
KUALA LUMPUR: Sistem kesihatan awam negara kini berada dalam keadaan krisis dan memerlukan reformasi menyeluruh, termasuk pelaksanaan sistem Insurans Kesihatan Nasional sebagai penyelesaian jangka panjang.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berkata, antara punca utama beban kritikal yang ditanggung hospital kerajaan dan klinik kesihatan awam adalah kekangan dana di Kementerian Kesihatan, sekali gus menyebabkan kerajaan sukar menyerap keseluruhan permintaan rawatan pesakit.
“Kalau kita nak hantar pesakit ke sektor swasta untuk kurangkan beban doktor di hospital awam, persoalannya siapa yang akan membiayai? Kalau pesakit kena bayar sendiri, ia tidak realistik. Mereka tetap akan kembali ke hospital kerajaan,” katanya.
Beliau turut membangkitkan kebimbangan terhadap kadar perbelanjaan rawatan kesihatan secara langsung daripada poket pesakit (out-of-pocket expenditure) yang kini melebihi 36 peratus, jauh lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sebagai perbandingan, kadar di Indonesia hanyalah sekitar 25 peratus, manakala Thailand berada di bawah 20 peratus.
Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia memiliki barisan doktor dan petugas perubatan yang terlatih dengan baik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa, malah menjadi buruan negara luar yang menawarkan gaji lebih lumayan serta persekitaran kerja yang lebih kondusif.
Justeru, jika sistem kesihatan negara tidak diperbaiki dan beban kerja terus meningkat tanpa imbuhan setimpal, negara akan kehilangan tenaga profesional ini apabila mereka memilih untuk berhijrah ke luar negara.
Beliau mencadangkan agar kerajaan mencontohi negara jiran dan Eropah yang melaksanakan sistem pembiayaan kesihatan lebih baik, termasuk insurans nasional.
Menurutnya, sistem seumpama itu membolehkan pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa membayar secara langsung, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap hospital kerajaan dan membolehkan kerajaan menyalurkan lebih banyak imbuhan kepada petugas kesihatan awam.
“Kita cuma belanja sekitar 4.5 peratus daripada KDNK untuk kesihatan, jauh lebih rendah daripada negara yang menyediakan tiga hingga empat kali ganda lebih tinggi,” ujarnya.
Beliau turut menyentuh bahawa usaha semasa seperti penghapusan sistem kontrak dan kenaikan elaun on-call hanyalah langkah bersifat sementara dan bukannya penyelesaian holistik.
“Saya ingin menarik perhatian kepada Kertas Putih Kesihatan yang diluluskan Parlimen pada Jun 2023. Kita sudah lupakan empat tonggak utama yang digariskan. Satu pun belum dilaksanakan dengan baik, dan inilah akibatnya,” katanya.
Beliau menggesa agar kerajaan segera menggerakkan pelaksanaan reformasi sistemik seperti yang dicadangkan dalam Kertas Putih itu demi menjamin masa depan sistem kesihatan negara yang lebih mampan dan inklusif.

#Kementerian Kesihatan
#petugas perubatan
#kekangan dana
#Insurans Kesihatan Nasional
#kesihatan awam