SINTOK: Sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika sistem itu tidak dikekalkan ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan atau 'tempang' jumlah pelajar Melayu di IPT termasuk dalam jurusan tertentu.
"Beberapa prinsip dalam Perlembagaan negara tentang jaminan, peluang supaya anak-anak Melayu dan Bumiputera itu diberikan tempat yang mampu bersaing, ini kita kekalkan," katanya semasa menjawab soalan seorang pelajar semasa program Temu Anwar Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
"Kalau tidak... kita akan lihat kesenjangan berlaku, seperti yang berlaku di Universiti Malaya pada tahun 1970-an, 1960-an. Fakulti Kejuruteraan - anak Melayu zero, kalau masuk koyak, fakulti perubatan 12 peratus.
"Jadi ada usaha oleh Allahyarham Ungku Aziz (Profesor Diraja) dan kementerian berkaitan pada masa itu untuk membantu anak-anak Melayu supaya boleh bersaing," katanya semasa bagi menjawab soalan seorang pelajar berkenaan sistem kuota dan meritokrasi dalam sistem pendidikan negara ketika ini.
Perdana Menteri berkata walaupun sistem itu dikekalkan, ia tidak bermakna sistem meritokrasi dimatikan, dan jika ada pelajar dari kalangan anak-anak bukan Melayu dan Bumiputera yang cemerlang, kerajaan perlu mencari kaedah untuk memberikan mereka peluang dan tidak disisihkan.
"Program kuota ini saya setuju kekalkan, tetapi kita kena cari jalur lain untuk memberi ruang kepada anak-anak bukan Melayu, bukan Bumiputera yang pintar, yang keputusannya baik supaya jangan nampak tersisih," katanya.
Anwar menegaskan sekiranya kerajaan mengambil tindakan mengetepikan dasar kuota itu, ia akan menimbulkan ketegangan dan akan dijadikan sebagai isu dalam politik oleh pihak tertentu.
Menurut Perdana Menteri lagi, beliau telah menyampaikan arahan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek agar sistem itu dikekalkan, dan dalam masa sama membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang baik agar mereka dibantu untuk melanjutkan pengajian.
Sementara itu Anwar berkata Malaysia merupakan antara negara yang terbaik layanannya kepada kumpulan minoriti, walaupun mengakui ada perkara-perkara yang boleh diperbaiki dalam soal itu.
"Ada negara lain yang minoriti umat Islam langsung tidak mendapat tempat, tapi jangan itu kita jadikan sebagai contoh, kalau itu dijadikan contoh kita pun lembab macam dia, lemah macam dia, zalim macam dia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Anwar ketika berucap bagi Sesi Dialog Temu Anwar peringkat negeri Kedah di Universiti Utara Malaysia, Sintok pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem kuota Melayu, Bumiputera dalam pendidikan dikekalkan - PM Anwar
Sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).