MALAYSIA
Sistem MLFF guna teknologi kesan pengguna tak bayar tol - Ahmad Maslan
Menurut Ahmad, teknologi ANPR membolehkan sistem mengenal pasti nombor plat kenderaan yang melalui gantri tol, sekali gus mengesan sama ada pembayaran telah dibuat atau tidak. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) akan menggunakan gabungan teknologi RFID dan pengecaman nombor plat kenderaan automatik (ANPR) bagi memastikan kelancaran dan ketelusan proses pembayaran tol.
Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, teknologi ANPR membolehkan sistem mengenal pasti nombor plat kenderaan yang melalui gantri tol, sekali gus mengesan sama ada pembayaran telah dibuat atau tidak.
"Jadi, sesiapa yang tak bayar, memang kena cari lah sebab kita ambil nombor plat yang melalui gantri tol yang berkaitan.
"Bererti siapa yang bayar, okey lah... siapa yang tak bayar, memang dicari dan tentunya akan diberikan notis-notis untuk membayar.
"... dan tentunya selepas ini ada kaedah tertentu (untuk menambah baik proses pembayaran). Misalnya, tak boleh bayar cukai jalan dan sebagainya," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan tambahan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai tindakan yang akan diambil kepada pengguna jalan raya yang tidak membayar tol, apabila kaedah MLFF dilaksanakan kelak.
Sementara itu, Ahmad (BN-Pontian) memaklumkan, KKR telah membentangkan Kertas Jemaah Menteri pada 25 Julai lalu bagi mendapatkan hala tuju baharu pelaksanaan MLFF.
Ia susulan penamatan perjanjian pelaksanaan antara kerajaan dengan syarikat pencadang pada 16 Disember 2024.
Katanya, antara hala tuju utama ialah membenarkan syarikat penyedia perkhidmatan untuk berunding secara terus dengan 33 syarikat konsesi lebuh raya sedia ada melalui pendekatan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) bagi merealisasikan pelaksanaan MLFF.
Ahmad menambah, cadangan pelaksanaan MLFF juga tidak melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
"Sebagai contoh, syarikat PNB Prolintas di Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA) kini sedang melaksanakan ujian konsep (proof of concept) bersama Touch 'n Go dan CIMB," jelas beliau menjawab pertanyaan asal Shaharizukirnain Abd. Kadir (PN-Setiu).
Dalam masa sama, Ahmad berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa memantau prestasi sistem RFID sedia ada dan mengarahkan syarikat pengendali lebuh raya melaksanakan kerja-kerja penalaan dengan lebih kerap bagi memastikan prestasi sistem RFID.